“Gerak kerja tersusun” – Lepas LRT & KTM, Anthony Loke ‘Spotcheck’ KLIA2 Pula

28 Dec 2022 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas melakukan pemeriksaan mengejut atau spotcheck di stesen KTM dan LRT Kelana Jaya, Menteri Pengangkutan Anthony Loke sekali lagi melakukan lawatan mengejut ke KLIA2 sebelum sidang akhbarnya yang dijalankan hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau memberitahu pemeriksaan di KLIA2 itu dilakukan kerana ingin melihat sendiri keadaan di hab pengangkutan awam itu selepas menerima maklum balas orang ramai.

Pagi tadi, sebelum saya melancarkan "fixed fare midnight flights" di Red Q, AirAsia, saya telah membuat spot-check di…

Posted by Anthony Loke Siew Fook on Tuesday, December 27, 2022

Selepas lawatan itu, Menteri Pengangkutan itu berkongsi bahawa beliau melihat beberapa kelemahan, terutama di ruangan menunggu servis e-hailing.

Beliau turut menunjukkan keadaan lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah dan ia boleh membahayakan pengguna lapangan terbang tersebut, beliau memberitahu pihak pengurusan telah melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari ini.

“Sistem pencahayaan juga akan ditambahbaik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.” Tulisnya lagi.

Selain itu, Anthony Loke turut turut menggesa semua pihak berkepentingan sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan dan memberikan pengalaman yang positif kepada pengguna di lapangan terbang tersebut.

Good job YB!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.