Perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA ditamatkan 12 Dis

13 Dec 2022 • 10:23 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), berkuat kuasa 12 Dis, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata penamatan itu selaras dengan Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut Subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

“Keputusan ini diambil, setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata beliau bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq, atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” katanya. - Bernama