Sah Mohd Shafiq ditamatkan perkhidmatan sebagai KPPA

13 Dec 2022 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shafiq Abdullah

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan penamatan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa Ahad lalu.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Mohd Zuki berkata, keputusan itu diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

"Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya," katanya.

AKAN MENYUSUL