Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Tergendala Akibat Kecurian Kabel Elektrik

3 Mar 2026 • 9:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya tergendala pagi ini disebabkan oleh kecurian kabel. Gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai menyebabkan tren kini mengalami kelewatan. Rapid KL telah mengumumkan perkhidmatan tren MRT laluan Putrajaya sepanjang hari ini hanya akan menyambungkan Metro Prima hingga Putrajaya Sentral.

image is not available

Para penumpang boleh mempertimbangkan untuk menggunakan laluan tren alternatif. Penumpang dari Laluan MRT Putrajaya yang ingin ke Stesen Kwasa Damansara boleh membuat pertukaran tren di Stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing seperti di bawah dengan kekerapan setiap 15-20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

MRT Metro Prima, MRT Sri Damansara Timur, MRT Sri Damansara Sentral, MRT Sri Damansara Barat, MRT Damansara Damai, MRT Sungai Buloh, MRT Kampung Selamat dan MRT Kwasa Damansara.

Gangguan perkhidmatan MRT Putrajaya berlaku selepas perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan hampir setiap hari sejak dua minggu kebelakangan ini juga disebabkan masalah teknikal.