Perkhidmatan percuma LRT3 Shah Alam dilanjut hingga 14 Ogos

31 Jul 2026 • 7:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perkhidmatan percuma LRT3 Shah Alam dilanjut hingga 14 Ogos

PETALING JAYA – Rapid KL melanjutkan perkhidmatan percuma bagi Aliran Transit Panjang Laluan Shah Alam (LRT3) dilanjutkan sehingga 14 Ogos depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mencuba sistem pengangkutan awam baharu itu.

Menurut Rapid KL dalam satu kenyataan, lanjutan tempoh tersebut membolehkan orang ramai menikmati kemudahan LRT3 yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, sekali gus membiasakan diri dengan sistem berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan LRT3 secara percuma termasuk bas perantara serta kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen terlibat.

Rapid KL berkata, inisiatif itu dijangka membantu mengurangkan kos perjalanan harian pengguna di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan serta keselesaan sistem pengangkutan awam negara.

“Orang ramai disaran memanfaatkan peluang ini dengan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

“Sepanjang tempoh perjalanan percuma, ribuan pengguna telah bersama kami menikmati pengalaman perjalanan yang lebih mudah, pantas dan selesa. Sokongan anda amat kami hargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Perkhidmatan percuma LRT3 Shah Alam dilanjut hingga 14 Ogos appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved