Perkhidmatan PMX AI Tergendala Seketika Untuk Proses Naik Taraf

LocalTechnology
20 Jul 2026 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan PMX AI Tergendala Seketika Untuk Proses Naik Taraf

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Dato’s Seri Anwar Ibrahim melancarkan avatar kecerdasan buatan (AI) beliau yang diberi nama PMX AI. PMX AI membolehkan rakyat jelata berborak dengan Perdana Menteri secara maya menerusi bot yang dilatih untuk memberikan jawapan seperti beliau sendiri. Tetapi semalam, sehari selepas dilancarkan perkhidmatan PMX AI telah tergendala seketika untuk menjalani proses naik taraf.

Image from: Perkhidmatan PMX AI Tergendala Seketika Untuk Proses Naik Taraf

Sekiranya perbualan cuba dilakukan dengan MX AI melalui WhatsApp, notifkasi mengatakan ia tergendala sehingga jam 8 malam hari ini. Tidak dijelaskan apakah proses naik taraf yang perlu dilakukan selepas hanya sehari dilancarkan.

Tetapi di media sosial terdapat beberapa tangkapan layar menunjukkan PMX AI memberikan jawapan yang boleh dikategorikan sebagai tidak selari dengan pendapat politik PM yang sebenar. Contohnya ia memberikan jawapan yang berbaur perkauman dan ada juga menggalakkan supaya mengundi parti politik lawan menjelang PRN Negeri Sembilan. Ini mungkin sebab sebenar mengapa PMX AI perlu “dinaik taraf” bagi mengelakkan chatbot memberikan lebih banyak jawapan yang memalukan.

Insiden memalukan ini sepatutnya sudah boleh dijangka oleh pembangun PMX AI iaitu Zetrix AI. Ia berlaku kepada chatbot AI milik Microsoft dan Grok di platform X yang boleh dipaksa untuk memberikan jawapan yang tidak senonoh.

Microsoft terus menamatkan eksperimen chatbot mereka dengan Grok pula dimatikan seketika untuk meletakkan lebih banyak kekangan keselamatan untuk mengelakkan ia mengaku diri sebagai MechaHitler sekali lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved