Perkhidmatan Spotify Live Dihentikan

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 8:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semasa pandemik aplikasi paling tular ialah Clubhouse kerana manusia merindui interaksi dan bercakap ketika terperangkap di rumah. Populariti Clubhouse menyebabkan platform lain juga menawarkan ciri siaran langsung dalam bentuk audio. Pasca pandemik populariti aplikasi seperti ini berkurangan mendadak. Hari ini perkhidmatan Spotify Live telah dihentikan menurut laporan Music Ally.

image is not available

Spotify Live membolehkan penghasil kandungan melakukan siaran audio secara langsung mirip radio. Sebelum ini ia menggunakan nama Spotify Greenroom. Spotify mengambil alih Locker Room untuk memberikan ciri penstriman langsung pada platform mereka. Di peringkat awak beberapa rancangan asli diterbitkan bagi menyokong Spotify Live serta menambah pengguna yang ingin mempunyai rancangan “radio” mereka sendiri.

Secara rasminya Spotify Live akan dihentikan pada 30 April ini. Walaupun akan dihentikan, Spotify berkata mereka masih berminat menghasilkan kandungan siaran langsung dalam format lain di masa hadapan.