Ketika PKP sebelum ini, ramai yang terperap di rumah, membawa kepada populariti aplikasi perbualan audio, Clubhouse. Selari dengannya, pelbagai penyedia turut melihat kepada alternatif tersendiri, termasuk Spotify sendiri.
Spotify yang popular dengan penawaran kandungan audio ketika itu, telah mengambil-alih sebuah syarikat dengan aplikasi lebih kurang sama seperti Clubhouse, dinamakan Locker Room.
Sejak mengambil-alihnya, Spotify telah menjenamakan ia kepada Greenroom, sebelum turut mengubah nama ia sekali lagi kepada Spotify Live.

Apa pun, kini, pihak Spotify menyatakan mereka telah mengambil langkah untuk menamatkan penawaran Spotify Live selepas melakukan pelbagai eksperimen dan mendapatkan data melaluinya bagaimana pengguna berinteraksi dengan audio.
Ia tidak diketahui bagaimanakah angka pengguna Spotify Live akhir-akhir ini. Aplikasi Clubhouse yang popular ketika dahulu juga telah merudum penggunaannya kebelakangan ini.
