Seban hari jumlah pengguna aktif X (dahulunya Twitter) semakin berkurangan. Terkini Elon Musk dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menghentikan perkhidmatan X di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Langkah ini diambil memandangkan undang-undang mengenai operasi platform media sosial di Eropah adalah sangat ketat khususnya dalam penyebaran kandungan berbaur kebencian terhadap kaum tertentu.

RUU Digital Services Act (DSA) di memberikan kuasa kepada EU untuk mengenakan denda terhadap platform yang tidak memadam kandungan yang melanggar undang-undang. Sejak konflik Palestin dan Israel bermula, kandungan yang berbentuk kebencian semakin mudah dilihat di X. Sejak X membuang pekerja yang ditugaskan menapis kandungan seperti ini, semakin sukar untuk melaporkannya dengan tindakan diambil segera.
Sekiranya benar X akan menarik diri daripada EU, ia pastinya satu lagi paku penutup keranda kepada platform yang kini dilihat semakin bermasalah. Tindakan X mengenakan bayaran $1 setahun kepada pengguna baharu semalam turut mendapat reaksi negatif. Dengan tiadanya hala tuju yang jelas dan jumlah pengiklanan yang menjunam, adakah X akan akhirnya pupus seperti platform media sosial lain seperti MySpace dan Friendster?
- Sumber
- Imsider





