
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (Perkis) akan terus melaksanakan program kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.
Presidennya, Abd Sani Marif berkata, ini selaras objektif penubuhan Perkis iaitu melaksanakan kerja-kerja amal serta program memperkasa kemajuan sosio-ekonomi masyarakat Islam di negeri ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Abd Sani berkata, Perkis berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti bukan saja dari segi kebajikan dengan memberi sumbangan kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim malah aktiviti keagamaan hasil kerjasama semua bahagian Perkis di seluruh negeri.
Beliau berucap dalam Majlis Pautan Ukhuwah Kasih Perkis Bahagian Putatan dan Penampang sempena Jelajah Presiden Perkis di Putatan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Abd Sani turut mengajak masyarakat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus memperkukuh kesepakatan dan perpaduan bagi menjamin kehidupan harmoni dan sejahtera.
Selain memperkukuh ikatan ukhuwah, program ini sebagai permulaan langkah tahun ini untuk menyebarkan dakwah dan membantu golongan memerlukan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut diadakan, penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli jawatankuasa Perkis Putatan dan Penampang dan sumbangan kepada pelajar Ma’had Tahfiz.


