Perkongsian Terbaru Natasha Hudson Undang Perhatian Netizen

EntertainmentLifestyle
1 Jul 2025 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia natasha Hudson

Pelakon, Natasha Hudson sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi kisah menyentuh hati tentang perjalanan hijrahnya mencari reda Allah sejak lebih sedekad lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Natasha menceritakan detik penting yang mengubah hidupnya, termasuk sehelai khimar yang dibeli ketika mengerjakan umrah pertama pada tahun 2012.

Banyak sangat perkara yang telah berlaku dan tidak tahu mahu bermula dari mana. Tetapi yang saya pasti, perjalanan ini penuh dengan peringatan.

Natasha turut menyentuh peristiwa yang berlaku pada 6 Jun iaitu adalah tarikh lahir anaknya Kaia, yang secara kebetulan merupakan hari tuan rumahnya meninggal dunia pada Hari Arafah.

“Saya bermula dari kosong” – Natasha Hudson

Mengakui perubahan yang dilaluinya bukanlah mudah, Natasha berkata semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah.

Semuanya tentang kembali dari kosong dan menghargai apa yang ada. Saya harap saya juga akan mekar semula dengan indah, Insyaa-Allah.

Beliau juga berdoa agar diberikan pengakhiran yang baik buat dirinya, keluarga dan seluruh umat Islam.

Perjalanan yang sarat pengajaran

image is not available

Untuk rekod, Natasha pernah tampil berhijab pada tahun 2016, namun mencetuskan kontroversi apabila tidak lagi berhijab pada tahun 2022.

Kini, perkongsiannya dilihat sebagai satu usaha untuk kembali teguh dalam jalan yang diredai.

Pssttt! Hidayah itu milik Allah. Setiap insan diuji dengan cara berbeza, namun yang penting ialah usaha untuk kembali dan terus mencari redha-Nya.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.