Perkongsian Terbaru Neelofa Undang Perhatian Ramai

EntertainmentLifestyle
6 Aug 2025 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Noor neelofa ohmedia

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi pesanan penuh makna di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian itu, Neelofa yang kini berusia 36 tahun menegaskan bahawa doa adalah jalan paling luas dan sentiasa terbuka buat umat Islam untuk berhubung terus dengan Allah S.W.T.

Doa cuma perlu hati yang hidup. Kita kena mula saja cakap dengan Allah, macam luah dekat kawan baik.

Doa bukan untuk waktu tertentu saja

image is not available

Neelofa turut menekankan bahawa kita tidak perlu menunggu masa atau keadaan tertentu untuk berdoa, cukup dengan niat dan keikhlasan dari hati.

Kita selalu lupa satu jalan paling luas masih terbuka iaitu doa. Doa itu akses kecemasan kita, akses harian, sepanjang hayat… dan kadang-kadang satu doa yang jujur lebih dari cukup untuk ubah segalanya.

“Tak perlu giliran, tak ada protokol” – Neelofa

image is not available

Menurut Neelofa, walaupun berdoa sangat mudah, masih ramai yang terlepas pandang kekuatan amalan ini.

Allah S.W.T sudah beri umat-Nya akses secara terus, tak perlu giliran, tak ada protokol.

Tak semestinya kena ada telekung, berwuduk dan menghadap kiblat. Tengah memandu, lipat baju pun boleh doa.

Pssttt! Doa bukan saja penghubung kita dengan Yang Maha Esa, malah ia penenang jiwa dalam waktu paling genting. Jangan tunggu waktu sempurna, doa saja dari hati yang ikhlas.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.