Perli Isu Duit RM500 Dalam Bank Akaun, Bella Dowanna & Riena Diana Dikritik – “Beria Gila, Terpaling Back Up Membe”

EntertainmentLifestyle
7 Jun 2025 • 9:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pertelingkahan di antara dua pelakon yang sudah memutuskan tali pertunangan dikatakan kerana isu kewangan menjadi topik bualan hangat di media sosial.

Ramai yang berpihak kepada pelakon lelaki itu, Muntazar Ghufran dan tak kurang juga ada yang netizen yang berpihak kepada aktres itu, Saidah Kamrudin.

image is not available 2 days ago

"Kau Bukan Mata Duitan Kau Gila Harta!" - Isu Putus Tunang Sebab RM500, Kak KM Beri Nasihat 'Pedas'

Dalam pada itu, komen aktres Riena Diana pada hantaran Instagram Bella Dowanna juga telah mengundang reaksi sinis daripada netizen.

Menerusi hantaran itu, seorang rakan telah meninggalkan komen berkenaan wang di dalam bank hanya tinggal RM500 dan Riena Diana membalas,

I tinggal u. Sorry u sangkak HAHAHAHAHAHA.

image is not available

image is not available

Bella Dowanna yang juga rakan baik kepada Muntazar juga turut mentertawakan komen tersebut yang menyindir Saidah berhubung kenyataannya sebelum ini.

image is not available

Bagaimanapun, komen mereka dikritik segelintir netizen di laman sosial Threads dan masing-masing memberikan pendapat masing-masing di mana ada yang berpihak kepada Saidah dan tak kurang juga yang back up Muntazar.

Ada juga yang berkata tidak berpihak kepada sesiapa namun mereka menegur Riena Diana dan Bella Dowanna seharusnya berdiam sahaja dan tak perlu bersuara atau menyindir.

image is not available