Perlindungan sama rata pekerja di Sabah, Sarawak

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 8:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menegaskan bahawa pekerja di Sabah dan Sarawak tidak seharusnya menerima perlindungan undang-undang yang kurang berbanding rakan sekerja mereka di Semenanjung.

“Semua pekerja di Malaysia mesti dilayan secara saksama. Dengan penguatkuasaan pindaan ordinan ini, kita menamatkan ketidakadilan yang berlarutan selama dua dekad,” katanya semasa lawatan kerja baru-baru ini.

Steven turut menekankan kepentingan pendekatan secara langsung dengan pekerja dan pemimpin kesatuan, satu amalan yang ingin beliau semai secara berterusan dalam Kementerian Sumber Manusia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pertemuan secara bersemuka mesti menjadi amalan tetap bagi setiap Menteri Sumber Manusia. Saya berharap apabila saya tidak lagi menyandang jawatan ini, kesatuan akan terus memperjuangkan agar tradisi ini dikekalkan.

“Lawatan sebegini amat penting kerana ia turut melibatkan pegawai kanan kementerian, membolehkan kami mendengar secara langsung cabaran yang dihadapi di peringkat akar umbi. Kita tidak boleh hanya tunggu pekerja datang membuat aduan, kita sendiri harus turun padang,” katanya.

Lawatan tersebut adalah yang pertama selepas penguatkuasaan pindaan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak yang mula berkuat kuasa pada 1 Mei tahun ini.

Antara manfaat utama menerusi pindaan ordinan tersebut termasuk pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam; cuti bersalin 98 hari; cuti paterniti tujuh hari dan lindungan ordinan diperluas kepada semua pekerja tanpa had gaji, berbanding had RM2,500 sebelum ini.

Steven turut memuji keberanian dan keteguhan Kesatuan Pekerja Pekerja Hotel, Resort dan Restoran Sabah (SHRREU) dalam memperjuangkan hak pekerja industri perhotelan dan restoran, yang bermula sejak 2013.

Kesatuan itu membawa isu mengenai caj perkhidmatan dan gaji minimum sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Dari hanya enam ahli, kini SHRREU mempunyai lebih 400 ahli serta pejabat sendiri.

“Ini bukti bahawa bila pekerja bersatu, mereka mampu menjadi kuat dan berani menuntut hak mereka,” kata beliau.

Menteri turut menggesa kesatuan untuk merundingkan gaji permulaan yang melebihi kadar gaji minimum dan menggalakkan perjanjian kolektif (CA) bertulis antara majikan dan kesatuan sebagai perlindungan hak pekerja.

“Gaji minimum ditetapkan untuk pekerja yang tiada CA. Jika ada CA, gaji permulaan mesti lebih tinggi. Ini pesanan saya kepada semua majikan dan pemimpin kesatuan,” tegasnya.

Steven turut mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung SHRREU, Mohd Shahbuddin Abdullah, atas pelantikannya sebagai ahli tetap Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC) yang ditubuhkan pada 13 Mei lalu, hasil perjuangan bertahun-tahun kesatuan untuk memperkukuh suara pekerja Sabah di peringkat dasar nasional.

“Kita bukan saja mahu undang-undang buruh diseragamkan di seluruh negara, tetapi juga mahu wakil pekerja dan kesatuan duduk bersama dalam rundingan dasar buruh negara,” tambah beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved