
Perlindungan Sehingga 12 Bulan, Ini 4 Golongan Yang Layak Carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
Jabatan Penerangan Malaysia dalam kemaskini Facebook rasminya hari ini telah berkongsi berkenaan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Skim yang dilaksanakan PERKSESO ini adalah berdasarkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838).
Skim SKSSR diperkenalkan bagi bertujuan untuk melindungi suri rumah apabila berhadapan dengan situasi seperti bencana pekerjaan dan keilatan ketika melakukan urusan rumah tangga.
Siapa yang layak memohon skim ini? Skim ini terbuka kepada wanita yang bergelar isteri, wanita bujang, janda atau balu dan ibu tunggal.
Syarat pendaftaran bagi skim ini ialah anda merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin atau belum berkahwin, mengurus rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak, warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, berumur kurang daripada 55 tahun dan terakhir tiada had umur minimum ditetapkan untuk mencarum.

Selain itu, skim bayaran caruman ini adalah sebanyak RM 120 setahun secara ‘in advance’. Perlindungan kepada pencarum adalah selama tempoh 12 bulan berturut-turut.
Bagi para wanita yang berminat, pendaftaran telah dibuka mulai 1 Disember 2022. Anda boleh layari laman web rasmi PERKESO untuk mengetahui lanjut berkenaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah SKSSR ini.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
The post Perlindungan Sehingga 12 Bulan, Ini 4 Golongan Yang Layak Carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah appeared first on Siakap Keli.



