(VIDEO) “Berair Mata Gelak” – Gelagat Hos WHI ‘Mudah Terhibur’ Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi

Entertainment
2 Dec 2022 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Program bual bicara Wanita Hari Ini yang ke udara pada setiap hari di saluran televisyen TV3 pastinya menjadi rancangan kegemaran buat golongan wanita dan suri rumah.

Mengetengahkan isu-isu dan hal semasa berkaitan rumah tangga dan wanita, rancangan itu juga dibarisi hos popular seperti Fizah Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Sugeeta Chandran dan Fatin Hamimah.

Baru-baru ini, tular beberapa video sedutan program tersebut di TikTok yang memaparkan gelagat Fiza dan Fatin yang dilihat menahan ketawa kerana situasi kelakar yang dialami ketika bersiaran.

Rata-rata warga maya tidak kering gusi menyaksikan keletah kedua-duanya yang ‘sekepala’ dan ‘masuk air’.

Bila kau sama-sama kepala jenis masuk air, lepastu partner dalam mengacara Wanita Hari Ini, sampai ke sudah tak boleh berhenti gelak kaedahnyaa.

Gelak berjangkit ni bahaya. Aku yang tengok ni pun join gelak sekali.

Ramai betul yang terhibur sebab bukan mudah hendak mengawal situasi di luar kawalan seperti ini kan?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Bagi Alasan Kena Rasuk" - Cekik Leher & Patahkan Jari, Isteri Dakwa Dikasari Afiq Muiz Sejak Belum Kahwin