Perlis sasar 10 hektar kawasan penanaman bawang merah dalam tempoh lima tahun

LocalBusiness & Finance
15 Feb 2025 • 3:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ARAU: Kerajaan negeri Perlis menyasarkan 10 hektar kawasan penanaman bawang merah dalam tempoh lima tahun akan datang, sebagai usaha mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import serta memperkukuh keterjaminan makanan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Perlis Razali Saad berkata perkembangan positif melibatkan projek tanaman di Titi Tinggi telah menghasilkan 300 kilogram (kg) bawang membabitkan keluasan 0.3 hektar bagi hasil tuaian pertama.

“Projek rintis tanaman bawang di Titi Tinggi yang terawal kita mulakan tahun lepas dan kini memasuki musim kedua dengan sasaran tuaian 500kg. Hasil tuaian pertama bawang dari kawasan Titi Tinggi ini telah dipamerkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) lepas,” katanya.

“Selepas di Titi Tinggi, kemudian projek ini diteruskan lagi di Kampung Rambai seluas satu hektar, Hutan Temiang (0.58 hektar) dan Oran (0.29 hektar),” katanya kepada pemberita selepas melawat projek tanaman bawang merah di Kampun Rambai di sini semalam.

Menurut Razali, projek tanaman bawang bukan sahaja meningkatkan pengeluaran bawang merah tempatan tapi turut membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk terlibat dalam industri berkenaan.

“Kita mahu memastikan bekalan bawang merah tempatan mencukupi untuk pasaran tempatan. Apabila hasil tuaian sudah terbukti, semakin ramai pengusaha menunjukkan minat untuk turut serta.

“Kerajaan negeri melalui jabatan berkaitan akan terus memberikan insentif seperti benih, input pertanian dan infrastruktur kepada pengusaha bagi memastikan kejayaan projek ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved