Presiden persatuan kriket Malaysia, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, menegaskan bahawa dia telah mengadakan perbincangan beberapa bulan lepas bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai hasrat pengukuhan sukan kriket daripada segala aspek menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.
