Perlu akta baharu lebih tegas bendung kes haiwan ternakan di jalan raya: Masiung

21 Oct 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TELUPID: Terdapat keperluan drastik untuk menggubal akta baharu lebih tegas membabitkan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya, yang sudah banyak menyumbang kemalangan maut di negeri ini.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, sejak sekian lama ribuan nyawa menjadi korban di jalan raya, akibat kes langgar kerbau dan lembu, tanpa sebarang tindakan diambil terhadap pemiliknya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kementerian berkaitan menggubal undang-undang lebih tegas supaya isu itu dapat ditangani.

“Tanpa disedari, pemilik yang sengaja membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya adalah pembunuh senyap yang terkecuali daripada tindakan undang-undang.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Penguatkuasaan sedia ada ternyata amat lemah kerana lebih menguntungkan pemilik ternakan terbabit berbanding nyawa manusia dan kepentingan awam,” tegasnya.

Katanya, notis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan kepada pemilik agar ternakan dijaga dan tidak berkeliaran ternyata tidak diendahkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada zaman moden ini pengusaha perlu lebih efisien dengan menempatkan haiwan ternakan di satu kawasan berkurung, dan bukannya membiarkan haiwan mereka di jalan raya atau kawasan umum.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menegaskan, jika pengusaha digalakkan mengurung dan menjaga haiwan ternakan, sudah tentu hasil ternakan mereka dapat ditingkatkan.

Menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu, isu haiwan ternakan tanpa pengawasan bukan perkara baharu, malah ia sering dibincangkan dalam pihak berkuasa tempatan.

“Haiwan ternakan ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, ia turut merosakkan kebun dan harta awam, selain najisnya mengotorkan jalan dan kawasan rekreasi.

“Oleh kerana tiada penguatkuasaan undang-undang, pemilik ternakan hanya mau meraih keuntungan tanpa menghiraukan kemalangan jiwa dan kepentingan awam,” katanya.

Menurut Masiung, jika kementerian berkaitan tidak memperuntukkan sebarang akta, Jabatan Veterinar atau Polis perlu memberi kebenaran kepada orang awam menangkap atau merampas ternakan terbabit jika menceroboh kebun, kawasan awam atau berkeliaran di jalan raya.

Terdahulu, Masiung menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi daerah Telupid dan Tongod, Khamis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.