Perlu kejelasan babit dasar cukai: Yong

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 9:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee menggesa kerajaan tidak membuat sebarang perubahan terhadap sistem cukai tanpa melibatkan perbincangan telus dan bermakna dengan pihak yang berkepentingan.

Beliau juga meminta agar kerajaan mengembalikan kejelasan dalam dasar cukai, memastikan kadar cukai masih mampu ditanggung (mampu bayar) dan memudahkan proses kutipan cukai sekali gus bertujuan bagi menstabilkan ekonomi negara dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar tidak tergesa-gesa melaksanakan tindakan penguatkuasaan berkaitan cukai baharu selagi perkara-perkara penting seperti kadar cukai dan prosedur pelaksanaan belum dijelaskan sepenuhnya kerana penguatkuasaan secara keras hanya akan memusnahkan perniagaan dan punca rezeki rakyat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik dan bekas Ketua Menteri Sabah berkata pelbagai pengumuman mengenai cukai baharu, penangguhan dan penggantungan dasar menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat serta peniaga.

“Sebagai contoh cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diumumkan baru-baru ini dikenakan secara tidak konsisten ke atas kategori produk yang sama.

“Contohnya buah avokado tempatan dan import dikenakan kadar berbeza menyebabkan kekeliruan kepada pengguna dan peniaga,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan cukai tetap diteruskan walaupun garis panduan masih kabur dan ekonomi negara lemah.

Menurut Yong prinsip utama dalam sistem percukaian yang baik adalah peraturan mesti cukup jelas agar rakyat dan peniaga memahami tanggungjawab mereka tanpa kekeliruan.

“Prinsip kedua ialah kadar cukai perlu ditetapkan pada tahap yang mampu dibayar oleh pembayar cukai terutamanya dalam keadaan ekonomi rapuh.

“Prinsip ketiga pula proses kutipan perlu mudah dan boleh dijangka unutk mengelakkan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Tambahnya perubahan berterusan dalam peraturan SST, pertukaran tarikh pelaksanaan e-invois, pelarasan subsidi bahan api dan peraturan duti setem tidak memenuhi ketiga-tiga prinsip utama ini.

“Ketidaktentuan yang berterusan ini menjejaskan kepercayaan rakyat, menghalang pelaburan dan menambah beban kepada keluarga mahupun perniagaan kecil yang sedang berusaha untuk bertahan,” katanya.