“Perlukah saya tulis wasiat?” – Mesej Terakhir Salah Seorang Penumpang Sebelum Nahas Pesawat Jeju Air

30 Dec 2024 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tragedi menyayat hati melibatkan pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru telah menggemparkan dunia.

Nahas yang berlaku pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan itu mengorbankan seramai 179 orang, dengan hanya dua kru penerbangan dilaporkan terselamat dan kini dirawat di hospital.

image is not available

Tular mesej terakhir penumpang sebelum nahas

Salah seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan dia ada menerima mesej daripada mangsa sebelum nahas berlaku.

Penerima mesej yang dikenali sebagai Encik A, berada di lapangan terbang bersama keluarganya ketika kejadian.

“Saya tidak dapat menghubungi mereka selepas diberitahu ada masalah dengan pesawat,” ujarnya.

Menerusi laporan, mangsa menghantar mesej menyatakan bahawa seekor burung tersangkut pada sayap pesawat yang menyebabkan pesawat gagal mendarat.

Mesej itu lalu dibalas oleh Encik A yang bertanyakan tentang insiden yang terjadi dan hantaran itu dibalas seminit kemudian. Namun, mangsa hanya sempat membalas, “Perlukah saya tulis wasiat?”.

image is not available

Kejadian ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, sekali gus menuntut tindakan segera pihak kerajaan dan syarikat penerbangan.

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo, memohon maaf atas insiden ini dan berjanji akan memastikan operasi menyelamat dilakukan dengan pantas.

Sementara itu, syarikat penerbangan Jeju Air turut memohon maaf secara terbuka atas insiden yang berlaku.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.