“Perlumbaan Istimewa” – Ji Sukjin Sah Kembali Ke ‘Running Man’ Selepas Sebulan Berehat

15 Jan 2024 • 8:50 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Berita gembira buat peminat “Running Man”!

Menurut laporan media Korea, Ji Suk-jin telah pun menyertai rakaman episod terbaru program itu pada pagi ini (15 Januari) sekaligus menandakan kepulangannya selepas berehat selama 5 minggu.

Sebelum ini, agensi lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia terpaksa berehat seketika kerana perlu menjalani pemeriksaan lanjut bagi memastikan kesihatan yang optimum.

image is not available

Khabarnya, penggambaran kali ini bakal menampilkan perlumbaan istimewa antara kesemua ahli “Running Man” malah pengarah Choi Hyung-in dan pihak produksi dijangka akan memberikan sepenuhnya bagi memastikan tahun ke-15 program berkenaan berlangsung dengan hebat.

Episod kepulangan Ji Suk-jin ini akan bersiaran di SBS pada 28 Januari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.