
Permainan, jajan dan animasi – ini tiga perkara yang membuatkan penulis berasa rindu pada zaman kanak-kanak tahun 90-an. Mana tidaknya, masa kita selalunya dipenuhi dengan bermain bersama rakan-rakan. Balik rumah, makanan sudah tersedia. Mana ada fikir gaji bila, hutang berapa banyak lagi perlu dibayar, isu dengan bos, rakan sepejabat, pasangan, jiran, kucing (eh, kucing pun termasuk sekali!), haha.
Pada artikel kali ini, penulis ingin mengajak pembaca mengimbau semula permainan, animasi dan jajan yang popular pada zaman kanak-kanak tahun 90-an dahulu! Ah, sungguh nostalgik!
Permainan tradisional zaman kanak-kanak dahulu.
Bahaya sikit permainan ini kalau guna batu. Pilihan yang lebih selamat tetapi memberikan kesan kesakitan yang lebih kurang sama; guna terung pipit.
Terasa hati kalau tidak diajak bermain. Ini permainan kegemaran penulis!
5. Galah panjang

Siap-siap pakai seluar trek dalam kain uniform sekolah agama. Semangat mahu menang itu perlu tinggi.
Ada dua jenis. Yang ringkas namanya Ketingting Kapal Terbang, yang ada kotak tambahan seperti gambar di atas ini namanya Ketingting Buku. Main permainan ini kena pandai imbang badan sebab kena lompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Kalau selipar terkena garisan kena “out”.
7. Lompat getah

Kalau mahu pilih siapa yang patut jadi wakil rumah sukan untuk pertandingan lompat galah, pilih yang hebat main lompat getah. Insya-Allah tak salah orang.
Nak keluar rumah selipar sudah hilang. Semuanya dibuat main baling selipar.
9.Konda kondi

Lokasi yang sesuai untuk main konda kundi ini ialah di rumah rakan yang banyak kawasan tanah.
10. Kad donkey

Yang kocok kad ini selalunya tuan empunya kad, orang yang lebih dewasa, orang yang ajak main atau yang memang “terrer”.
Jajan popular zaman kanak-kanak dahulu
1. Apollo

Yang paling sedap itu perisa biasa dan pandan. Coklat tidak sedap sangat rasanya.
2. Jajan perisa durian

Baru perasan pembalut jajan ini ada ilustrasi buah jagung dan durian. Jadi, jajan ini sebenarnya kombinasi jagung dan duriankah?
3. Aiskrim itik

Kalau tak silap, harganya 0.20 – 0.40 sen dahulu. Cepat betul cair ais krim ini. Memang tak cukup satu!
7. Sotong kering

Tak pernah makan sebab tak tahan dengan baunya. Tapi tengok kawan-kawan berebut-rebut beli!
8. Sugus

Siapa baru tahu gula-gula Sugus ini daripada Switzerland? Haha. Sedap Sugus ini!
Rancangan kartun popular pada zaman kanak-kanak dahulu.
1. Dragon Ball

Rancangan kegemaran abang. Kita pun terjebak sekali. Tak suka Majinbu.
4. Maskedrider

Waktu kecil dahulu bila nampak belalang saya akan terfikir adakah ia akan bertukar menjadi Masked Rider.
7. Pokemon

Dulu pernah ada isu yang mengatakan Pikachu ini seekor babi. Memandai je.
8. Anak-anak Sidek

Save the best for the last! Tak boleh khusyuk solat Maghrib sebab cerita Anak – Anak Sidek dah main, haha! Sedih bila cerita ini dah habis sebab best sangat!
Tiada halangan untuk kita yang dewasa untuk bermain semula permainan tradisional, menikmati snek jajan mahupun menonton animasi- animasi yang pernah menggembirakan kita semua satu masa dahulu. Tambahan pula, menyambung semula hubungan dengan memori zaman kanak-kanak dapat membantu menyembuhkan memori duka atau luka-luka emosi yang tidak sepatutnya kita hadapi sewaktu kanak-kanak.
Apa permainan, jajan dan animasi kegemaran anda sewaktu kecil? Cuba komen di bawah.

Hantarkan konten berkaitan #BackInTime atau zaman lalu dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM8,000! Ketahui lebih lanjut di sini.
Cik Mas Menulis adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.













