Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur

29 Jan 2024 • 4:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raja Zarith Sofiah berangkat ke Kuala Lumpur secara rasmi pada Isnin. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Raja Zarith Sofiah tiba di Hangar Diraja Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Raja Zarith Sofiah berangkat ke Kuala Lumpur secara rasmi pada Isnin. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur, pada Isnin.

Keberangkatan Raja Zarith Sofiah ke Kuala Lumpur susulan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula Rabu ini.

**media[2517837]**

Mengiringi baginda Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Sebelum itu, keberangkatan tiba baginda Permaisuri Johor di Hangar Diraja Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

**media[2517839]**

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, pada jam 8 pagi, Rabu ini.