Permintaan coklat jadi kenangan terakhir ibu kepada anak tunggalnya

26 Aug 2026 • 12:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Permintaan coklat jadi kenangan terakhir ibu kepada anak tunggalnya

KOTA TINGGI: Nur Fatin Nabilah Yusrishahrun, 20, sempat mengirimkan permintaan terakhir iaitu coklat kepada ibunya, Siti Aisyah Hamdan, 43, menerusi aplikasi WhatsApp sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru-Mersing, petang semalam.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak sangka coklat kegemaran anak tunggalnya nya itu akan menjadi permintaan terakhir dan juga kenangan buat dirinya.

“Pagi semalam dia mesej saya, saya tanya nak kirim apa, dia kata mahu coklat Cadbury. Saya memang akan belikan dan bawa coklat kegemarannya apabila kami merancang berjumpa sempena cuti panjang Hari Kebangsaan nanti.

“Saya cakap nanti saya belikan, tetapi tidak sangka pula kepada jadi macam ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Tambah Siti Aisyah yang kini menetap di Melaka, Allahyarham Nur Fatin merupakan seorang anak yang manja dan rapat dengan neneknya sejak kecil lagi.

“Sebelum ini dia tinggal bersama saya di Melaka, tetapi sejak dua bulan lalu dia pindah ke Tenggaroh untuk tinggal bersama datuk dan neneknya.

“Saya tidak ketika kejadian dia dan kawannya hendak pergi ke mana, tetapi saya dimaklumkan kawan lelakinya itu telah meminta izin daripada datuk dan neneknya untuk mereka keluar bersama,” katanya.

Semalam, kenderaan jenis Toyota Vios dinaiki Nur Fatin bersama rakannya, Muhamad Shuhairil Soraiya, 21, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah Honda City pada pukul 5.25 petang.

Selain Nur Fatin dan Muhamad Shuhairil, kemalangan itu turut meragut nyawa pemandu Honda City berkenaan iaitu Muhammad Amin Mukhtar, 35.

Sementara itu, bapa saudara Muhamad Shuhairil, Mohd. Serat Nawawi, 52, pula berkata, anak saudaranya itu bertugas sebagai seorang anggota tentera di Kem Iskandar, Mersing.

“Arwah merupakan anak keenam daripada tujuh beradik dan berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang ketenteraan. Ayahnya bekas tentera, manakala dua orang adik beradiknya turut berkhidmat sebagai anggota tentera,” katanya.-UTUSAN

The post Permintaan coklat jadi kenangan terakhir ibu kepada anak tunggalnya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved