Permintaan Mencanak: Proton Tambah Pengeluaran e.MAS 7 Kepada 6,000 Unit

LocalCars
23 Jan 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi selepas permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata pihaknya sebelum ini menyasarkan sebanyak 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.

"Permintaan semakin meningkat dan ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kereta EV.

"Saya yakin dalam masa tiga atau empat tahun akan datang orang akan berebut untuk menggunakan kenderaan EV dan semakin meninggalkan penggunaan kenderaan petrol atau diesel," katanya.

image is not availableimage is not available

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bilik Pameran Kereta Elektrik jenama PROTON di JM Otomobil (EV) Wakaf Siku, di sini hari ini.

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Dis tahun lepas, ia merupakan kereta EV pertama negara dalam mengorak langkah ke arah kemampanan dan inovasi teknologi hijau.

image is not available

Ditawarkan pada harga bermula RM109,800, Proton e.MAS 7 tampil dengan dua pilihan iaitu varian Prime (bermula RM109,800) dan versi tertinggi Premium (RM123,800).