Kepengerusian ASEAN 2025: Selain Proton e.MAS 7, Proton X70 Turut Diguna

LocalCars
12 Jan 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Itu kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah.

image is not available

Selain Proton e.MAS 7, 194 unit Proton X70 turut digunakan dengan semua penghantaran akan dilengkapkan bulan ini.

"Model ini akan digunakan untuk tujuan pengangkutan mereka yang memegang jawatan tinggi dan penting sepanjang kepengerusian ASEAN 2025," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memilih Proton e.MAS 7 sebagai kereta rasmi bagi mesyuarat ASEAN menunjukkan sokongan kerajaan terhadap pengeluaran kereta elektrik (EV) pertama negara oleh Proton.