Sebentar tadi, negara kita telah dikejutkan dengan pemergian bekas presiden MIC, Tun S. Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh pada usia 86 tahun.
Menurut bekas Setiausaha Akhbarnya E Sivabalan, bekas Ahli Parlimen Sungai Siput ini telah meminta untuk bersiar-siar menaiki kereta pada awal pagi dan itu menjadi perjalanan terakhirnya sebelum meninggal dalam tidur, lapor FMT.
Beliau mahu pemandunya bawa bersiar-siar sebentar menaiki kereta. Saya tak sangka itu permintaan terakhirnya.”
Sivabalan yang telah berkhidmat untuk Samy Vellu dari tahun 2002 sehingga 2018 ini turut menceritakan bagaimana orang ramai sering melawak tentang pertuturannya dalam Bahasa Melayu.

Namun, bekas Menteri Kerja Raya ini tak ambil hati dengan lawak yang dibuat oleh orang ramai ini kerana menurutnya, sekurang-kurangnya orang faham dengan apa yang beliau ingin sampaikan.
Beliau tak kisah orang buat lawak. Dia akan cakap ‘sekurang-kurangnya mesej saya sampai dekat orang, walau macam mana pun bahasa atau cara saya cakap’.
Beliau juga akan sentiasa mengingatkan saya untuk tidak marah. Padanya, rakyat adalah bosnya, tuannya.”
Sivabalan telah mengenali bekas majikannya itu sejak tahun 1988 dan ia merupakan pekerjaan pertamanya selepas tamat pengajian di universiti di mana dia telah bekerja sebagai salah seorang pegawai di ibu pejabat MIC kepada presiden MIC paling lama berkhidmat.
Dia mengatakan, Samy Vellu sering memberitahu bahawa dia bukan sahaja majikannya malah kawannya dan bekas presiden MIC ini memulakan kerjayanya sebagai seorang pemandu bas sebelum berkecimpung dalam bidang politik.
Walaupun terkejut dengan pemergian Samy Velu, Sivabalan bersyukur kerana “bapa lebuhraya” ini telah meninggal dengan tenang.
Beliau merupakan pemimpin yang berkarisma dan seorang lagenda pada zamannya. Legasinya akan terus diingati.”
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


