Permintaan TM Untuk Keluar Daripada DNB Ditolak – Kontrak Masih Terikat Sehingga 2032

LocalTechnology
3 Mar 2026 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa Telekom Malaysia (TM) telah menandatangani perjanjian tiga tahun baharu dengan pembangun rangkaian 5G kedua Malaysia, U Mobile sebagai rangkaian pilihan untuk perkhidmatan rangkaian internet mudah-alih mereka, sekaligus membatalkan perjanjian sedia ada bersama Digital Nasional Berhad (DNB).

image is not available

Pihak DNB baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa kontrak penggunaan rangkaian 5G yang telah ditandatangani bersama TM masij berkuat-kuasa sehingga 2032 . Untuk pihak TM membatalkan kontrak tersebut, terdapat sejumlah syarat-syarat khusus yang perlu diikuti sebelum penamatan awal boleh dilakukan dan dipersetujui.

Pihak DNB mengatakan bahawa TM masih belum melaksanakan syarat-syarat penamatan awal ini untuk membatalkan kontrak Perjanjian Akses tersebut. Oleh kerana ini, DNB tidak menerima pembatalan kontrak sedia ada, dan ia akan kekal berkuat-kuasa sepanjang tempoh yang ditetapkan sehinggalah TM memenuhi syarat-syarat pembatalan awal tersebut.