Permohonan Akhir Google Membatalkan Denda €4.1 Bilion Di EU Ditolak

WorldTechnology
3 Jul 2026 • 6:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

di Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) menolak rayuan akhir Google untuk membatalkan denda €4.1 bilion yang dikenakan Kesatuan Eropah (EU) selepas didapati bersalah menggunakan dominasi pasaran Android untuk memaksa pemasangan Google Seaech, Chrome dan Play Store pada peranti.

Image from: Permohonan Akhir Google Membatalkan Denda €4.1 Bilion Di EU Ditolak

Mereka didapati bersalah pada tahun 2018 dengan denda €4.34 bilion dikenakan sebelum dikurangkan ke €4.1 bilion pada tahun 2022. Tindakan Google memaksa pemasangan tiga perkhidmatan ini dilihat oleh EU sebagai usaha menyekat persaingan enjin carian alternatif, pelayar lain, dan platform Android berasaskan sumber terbuka.

Denda yang dikenakan adalah yang terbesar dalam sejarah EU melibatkan akta anti persaingan zon ekonomi tersebut. Keputusan mahkamah akan membuka ruang kepada tindakan lain dikenakan ke atas Google dan batal mendatangkan impak ke atas Android di EU.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved