Permohonan bantuan pembelian motosikal pekerja gig dibuka hingga 27 Januari

11 Jan 2023 • 1:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 JAN: Permohonan bagi program Bikecare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja gig dibuka mulai hari ini sehingga 27 Januari.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) memaklumkan program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu pekerja gig (p-hailing) yang memerlukan untuk membeli motosikal.

image is not available

“Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor gig ekonomi.

“Antara syarat kelayakan permohonan termasuk pemohon adalah warga Selangor, berusia 18 tahun ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam CTOS/CCRIS,” kata agensi itu di Facebook hari ini.

image is not available

Menurut UPPS borang permohonan lengkap dan dokumen berkaitan perlu diserahkan ke pejabat UPPS di alamat East Entrance, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 016-959 8320 (Fatin Shafira).