PERMOHONAN BIASISWA PAHANG (SEKOLAH MENENGAH) TINGKATAN 6 RENDAH KINI DIBUKA!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2026 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang yang boleh dipohon menerusi sekolah atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)
Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983.
Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang melanjutkan pengajian peringkat menengah yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.
Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.
Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.
Mulai tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah).
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi permohonan Tingkatan 6 bawah ini dibuka mulai 15 Julai 2026 sehingga 28 Ogos 2026.
Kadar Biasiswa
Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah RM 600 bagi setiap penerima.
Syarat Kelayakan
Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang.
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui SEKOLAH atau melalui ADUN/WAKIL yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)?Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) ialah biasiswa yang diberikan kepada murid anak Pahang yang melanjutkan pengajian peringkat menengah yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.
Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini bagi Tingkatan 6 bawah ini dibuka?Permohonan biasiswa ini bagi Tingkatan 6 bawah dibuka mulai 15 Julai 2026 sehingga 28 Ogos 2026.
Kadar biasiswa yang akan diberikan adalah RM 600 bagi setiap penerima.
Jika saya dilahirkan di luar Negeri Pahang, adakah saya tidak layak menerima biasiswa ini?Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun untuk layak memohon biasiswa ini.
Bagaimanakah cara untuk saya memohon biasiswa ini?Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau melalui ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sila layari laman web Yayasan Pahang di link berikut https://www.yp.org.my/.
Anda juga boleh menghubungi 09-518 1800 untuk sebarang pertanyaan.
Baca juga:






