Hampir lapan peratus pengundi selesai laksana tanggungjawab setakat 9 pagi

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hampir lapan peratus pengundi selesai laksana tanggungjawab setakat 9 pagi
Pengundi menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN Johor ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sebanyak 7.97 peratus atau 213,878 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 9 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 15.8 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat (14.7 peratus) dan DUN Pasir Raja (13.6 peratus).

Bagaimanapun, DUN Bentayan dan DUN Simpang Jeram, masing-masing mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 7.7 peratus, manakala DUN Kukup sebanyak 7.6 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 6.35 peratus atau 163,553 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved