Permohonan daftar wasiat, Mais tawar potongan 50 peratus

30 Aug 2022 • 6:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan harga 50 peratus bagi yuran pendaftaran permohonan membuat wasiat sempena Hari Kebangsaan.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata tawaran istimewa itu bermula bulan ini sehingga 18 September depan kepada pelanggan yang ingin membuat permohonan wasiat.

“Pelanggan-pelanggan yang ingin membuat wasiat hanya perlu membuat bayaran berjumlah RM150 sahaja dan ia terhad untuk 2,000 pelanggan yang pertama.

“Permohonan wasiat boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau
mengimbas kod respon pantas seperti yang tertera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh melayari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/ .

Selain maklumat lanjut boleh diperolehi melalui media sosial Mais iaituFacebook Majlis Agama Islam Selangor, Instagram iaitu mais_officialhq dan baitulmalmais.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved