Jabatan Muzium Malaysia telah membuka permohonan bagi Geran Padanan Muzim (GPM) 2026 yang boleh dipohon menerusi pautan https://forms.gle/nntp6MjN1bwoEQYb6.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran.

Mengenai Geran Padanan Muzim (GPM) 2026
Geran Padanan Muzium (GPM) merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan meningkatkan visibility muzium melalui kaedah meremajakan (rejuvenate) muzium menerusi keterlibatan pelbagai agensi dalam menjadikan muzium sebagai sebuah institusi lestari yang berdaya saing.
Dalam konteks geran ini, ia bermatlamat untuk memperbaharui fungsi dan daya tarikan muzium menerusi peningkatan taraf kemudahan/fasiliti muzium termasuk landskap, naik taraf galeri, dan penggunaan aplikasi teknologi baharu dalam teknik peragaan koleksi dan persembahan pameran.
Ini bagi memberi pengalaman baharu kepada pelawat, pemeliharaan, dan pemuliharaan koleksi; pelaksanaan program/aktiviti dan lain-lain inisiatif yang difikirkan sesuai oleh Jabatan Muzium Malaysia.
Objektif geran ini diwujudkan adalah untuk:
- Menyediakan sokongan dan bantuan geran bagi menggalakkan sumbangan dan pelaburan sektor korporat dalam memperbaharui fungsi serta daya tarikan muzium.
- Memperkukuh kerjasama awam-swasta/ persendirian dalam memperkasa institusi muzium sebagai pusat ilmu, identiti, dan inovasi budaya negara.
- Meningkatkan fasiliti dan kemudahan muzium termasuk teknik peragaan dan pameran bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan muzium sekaligus meningkatkan kepuasan pengunjung.
- Menjadikan muzium lebih relevan, inklusif dan berdaya saing.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka bermula pada 1 Mei hingga 31 Julai 2026.
Kos Minimum Projek/Program
Kos minimum bagi projek atau program adalah RM50,000.00.
Skop Kajian
Keutamaan kepada projek yang bersifat ‘rakyat-centric’ atau menguntungkan rakyat:
- Infrastruktur kekal
- Pendigitalan
- Program pendidikan
- Program Permuziuman
i- Infrastruktur Kekal
Infrastruktur kekal iaitu melibatkan projek pembinaan atau penambahbaikan kepada prasarana sedia ada yang terdapat di JMM atau di muzium-muzium di bawah pentadbirannya yang menitikberatkan keselesaan pelawat (bersifat mesra pelawat).
Ia termasuklah naik taraf galeri pameran; pengindahan lanskap, pembinaan wakaf/pangkin, laluan
jalan kaki berbumbung, tempat riadah dan sebagainya.
ii- Pendigitalan
Pendigitalan iaitu melibatkan projek pendigitalan muzium sama ada yang berkaitan dengan pengaplikasian teknologi baharu muncul (new emerging technologies) atau transformasi perkhidmatan yang berupaya mempertingkat impak dan kualiti penyampaian perkhidmatan (kecekapan operasi) serta memperkaya pengalaman pelawat khususnya dalam kalangan generasi muda.
iii- Ruang Pendidikan
Ruang Pendidikan iaitu pengisian atau naik taraf ruang sedia ada untuk tujuan pendidikan muzium yang melibatkan aktiviti ‘edutainment’ termasuklah yang bersifat interaktif dan simulasi yang berteraskan
warisan dan memberi nilai kepada pengukuhan patriotisme dan jati diri.
iv- Program Permuziuman
Program permuziuman iaitu meliputi aktiviti berteraskan bidang permuziuman (sejarah, budaya dan alam semulajadi) seperti penganjuran pameran; seminar; simposium atau acara seni dan budaya seperti festival seni mempertahankan diri, demonstrasi masakan tradisional, persembahan kebudayaan dan sebagainya yang bersesuaian.
Kelayakan Pemohon
Entiti yang layak memohon geran ini adalah:
- Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan, Syarikat Multinasional (MNC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau entiti yang berdaftar secara sah di bawah undang-undang yang berkuatkuasa.
- Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan mengemukakan bersama dokumen-dokumen bukti pendaftaran / pengesahan syarikat.
- Pemohon tidak terlibat dalam jenayah kewangan, atau disenarai hitam oleh kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dimohon secara dalam talian (online) menerusi pautan https://forms.gle/nntp6MjN1bwoEQYb6.
Satu salinan bercetak (hardcopy) permohonan perlu diantar selewat- lewatnya dalam tempoh (10) hari ke
alamat berikut:
Urus Setia
Geran Padanan Muzium (GPM)
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
E-mel: gpm@jmm.gov.my
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Geran Padanan Muzium?Geran Padanan Muzium ialah inisiatif kerajaan yang bertujuan meningkatkan visibility muzium melalui kaedah meremajakan (rejuvenate) muzium menerusi keterlibatan pelbagai agensi dalam menjadikan muzium sebagai sebuah institusi lestari yang berdaya saing.
Bilakah tarikh permohonan ini dibuka?Permohonan dibuka 1 Mei hingga 31 Julai 2026.
– Infrastruktur kekal
– Pendigitalan
– Program pendidikan
– Program Permuziuman
– Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan, Syarikat Multinasional (MNC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau entiti yang berdaftar secara sah di bawah undang-undang yang berkuatkuasa.
– Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan mengemukakan bersama dokumen-dokumen bukti pendaftaran / pengesahan syarikat.
– Pemohon tidak terlibat dalam jenayah kewangan, atau disenarai hitam oleh kerajaan.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/nntp6MjN1bwoEQYb6 dan satu salinan bercetak (hardcopy) permohonan perlu diantar selewat- lewatnya dalam tempoh (10) hari ke Urus Setia Geran Padanan Muzium (GPM).
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-2267 1000 sambungan 201 / 177 / 251 / 313 / 395.
Baca juga: Geran Padanan SSPN: Pelajar Boleh Dapat Hingga RM 5,000
