Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

LocalTechnology
14 May 2026 • 5:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo melancarkan telefon baharu X300 Ultra di Malaysia sebentar tadi. Ia pertama kali dibawa masuk ke Malaysia sekaligus menjadikannya antara pilihan premium dalam kelasnya. Telefon ini juga menawarkan ciri menarik yang menyasarkan peminat fotografi dan video.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Bahagian paling menonjol pada peranti ialah sistem kamera belakang yang canggih. Ia menggabungkan sensor utama 200MP Sony LYT-901 bersaiz 1/1.12-inci. Menariknya, lensa utama ini mampu mengekalkan panjang fokus 35mm (~1.5x) yang sering digemari mereka yang mengutamakan fotografi jalanan kerana perspektifnya yang realistik.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Ini juga dipadankan dengan lensa telefoto periskop 200MP ZEISS Gimbal-Garde APO dengan panjang fokus 85mm serta penstabilan CIPA 7.0. Selain itu, terdapat juga kamera ultralebar 50MP LYTIA 818 dan lensa True Color 50MP JN5 dengan 12 saluran spektrum warna yang direka untuk menangkap warna serta pencahayaan ambien dengan ketepatan hampir sempurna.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

X300 Ultra turut memperkenalkan sokongan codec APV iaitu format profesional yang membolehkan kualiti rakaman lebih tinggi dan aliran kerja pasca-produksi lebih mudah. Sebagai tambahan, pengguna boleh merakam video 4K pada 120fps dalam 10-Bit Log Mode menggunakan Customs 3D LUTs. Kamera hadapan pula sebesar 50MP dan kesemua kamera hadapan serta belakang peranti ini dikuasakan oleh teknologi ZEISS.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Dari segi prestasi, Vivo X300 Ultra dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Paparannya menggunakan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Bateri pula sebesar 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan nirwayar 40W. Tidak ketinggalan, peranti turut hadir dengan penarafan kalis air IP68 dan IP69 untuk perlindungan tambahan.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Di Malaysia, Vivo X300 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM6,799 (16GB2512GB), RM7,799 (16GB/1TB) dan RM9,999 (16GB/1TB bersama pakej X300 Photographer Kit).

Bagi pembeli yang membuat pratempahan sehingga 22 Mei 2026 layak menerima rebat tunai sebanyak RM900 sekali gus menjadikan harga lebih rendah iaitu RM5,899 ( 16/512GB), RM6,899 (16GB/1TB) serta RM9,099 (16GB /1TB) bersama pakej X300 Photographer Kit.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Turut disertakan ialah tripod fotografi aluminium COMAN bernilai RM299, pakej perlindungan vivo Care yang merangkumi jaminan lanjutan selama satu tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799

Pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran pembelian-dengan-pembelian (PWP) yang menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk aksesori ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra lengkap dengan beg penyimpanan percuma.

Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
Image from: Vivo X300 Ultra Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM 6799
View Original Article