Permohonan kad perakuan nikah Jais kini secara digital

8 Jan 2024 • 2:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 JAN: Pasangan pengantin kini boleh memohon kad perakuan nikah atau menggantikan kad baharu secara digital pada 2 Januari lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau di pautan https://forms.gle/vm81RHo2ZAfKSJaw9

Permohonan juga boleh dibuat di kaunter pusat sehenti Jais, Shah Alam yang mengambil masa 10 hari bekerja untuk diproses sekiranya maklumat lengkap.

Pemohon boleh mengambil kad yang telah siap di pusat sehenti yang sama.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3468 atau e-mel jawatankuasapehias@gmail.com

image is not available