Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu telah membuka tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu kini dibuka mulai 10 September 2026 bagi pelajar yang berkelayakan dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://kemasukanimtiaz.awfatech.com.
Permohonan adalah termasuk ke program khas iaitu Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang, Tahfiz Jepun di SMIYT Kuala Nerus dan Tahfiz Korea di SMIYT Dungun.
Berikut adalah maklumat dan info anjut mengenai permohonan ini.


Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Berdiri sejak tahun 1999, Sekolah Menengah Imtiaz diilhamkan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan ketika itu dengan matlamat untuk menggabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).
Penubuhan sekolah ini merupakan kesinambungan daripada program ‘Pintar Quran’ (Quranic Excellence) yang telah dijalankan di Besut, Terengganu.
Matlamat utama penubuhan sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga menguasai bidang Sains, Matematik, ICT, Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan.
Penekanan sekolah ini diberikan kepada hafazan Al-Quran, penguasaan Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan pendedahan kepada Sains dan Teknologi serta penggunaan kaedah pembelajaran ‘Super Learning.
Ini bagu melahirkan pelajar-pelajar ‘Soleh Pintar’ yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai peribadi muslim yang unggul.
Senarai Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu
Sekolah ini terletak di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di serata Terengganu.
Senarai Sekolah Menengah Imtiaz yang berada di Terengganu adalah :
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Besut
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Dungun (Program Khas Tahfiz Korea)
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus (Program Khas Tahfiz Jepun)
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Marang (Program Tahfiz Khas Mandarin)
Tarikh Permohonan
Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan bermula 10 September 2026 hingga 30 September 2026.
Syarat Kemasukan
Pelajar yang ingin mendaftar perlulah menepati syarat kemasukan seperti berikut :
i) Sekolah Menengah Imtiaz
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan rakyat Terengganu:
– ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
– ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. - Pemohon WAJIB mengisi borang kemasukan dan WAJIB menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
- Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz dan sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Inggeris serta personaliti (Kecerdasan, Intelektual dan Insaniah).
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit.
- Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
ii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan rakyat Terengganu:
– ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
– ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. - Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina – keutamaan diberikan kepada calon daripada SJK(C).
- Boleh membaca dan minat menghafaz Al-Quran.
- Pemohon WAJIB mengisi borang kemasukan dan WAJIB menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
- Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz dan sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Inggeris serta personaliti (Kecerdasan, Intelektual dan Insaniah).
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit.
- Bersetuju menerima penempatan di SMIYT Marang.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan
iii) Program Khas Tahfiz Jepun & Korea (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Dungun & Kuala Nerus)
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan rakyat Terengganu:
– ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
– ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. - Pemohon WAJIB mengisi borang kemasukan dan WAJIB menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
- Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz dan sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Inggeris serta personaliti (Kecerdasan, Intelektual dan Insaniah).
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit.
- Bersetuju menerima penempatan di SMIYT Dungun (Tahfiz Korea) & SMIYT Kuala Nerus (Tahfiz Jepun).
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan ke sekolah ini boleh dilakukan secara atas talian di pautan https://kemasukanimtiaz.awfatech.com.
Semakan permohonan, panggilan temu duga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web https://imtiaz.yt.gov.my.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu?Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ) ialah sekolah menengah agama berasakan sains dan tahfiz yang ditubuhkan di bawah Yayasan Terengganu
Berapakah jumlah sekolah ini di seluruh Negeri Terengganu?Terdapat 8 sekolah secara keseluruhan iaitu:
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Besut
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Dungun (Program Khas Tahfiz Korea)
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus (Program Khas Tahfiz Jepun)
– Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Marang (Program Tahfiz Khas Mandarin)
Permohonan boleh dibuat bermula 10 September 2026 hingga 30 September 2026.
Ibu bapa mestilah telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
Untuk Program Khas Tahfiz Mandarin, adakah keutamaan permohonan akan diberikan kepada calon daripada SJK(C)?Ya. Calon dari SJK(C) akan diberikan keutamaan untuk permohonan ini.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan ini?Permohonan boleh dibuat di pautan https://kemasukanimtiaz.awfatech.com.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Tahun 2027 Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu, sila layari laman sesawang: imtiaz.yt.gov.my
Baca juga: Permohonan Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf 2027 MAIM






