Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

22 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan Kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA), Aliran Dini, dan Tahfiz bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Kalendar Akademik 2027) dibuka bermula dari 28 September hingga 28 Oktober 2026 melalui portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login menerusi modul SPAAD.

Kelas Aliran Agama (KAA) melibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih.

Manakala, aliran Dini dan Tahfiz pula elibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi negeri dan institusi berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Sarawak
  • Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab (ILMU), Selangor
  • SMA Tengku Amalin A’ishah Putri, Kelantan

Rujuk cara memohon, tarikh-tarikh penting, persediaan dan maklumat penting berkaitan Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027 di bawah.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

Apa Itu KAA, Dini, Tahfiz?

KAA, Dini, dan Tahfiz adalah program pendidikan bercirikan keagamaan Islam yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat sekolah menengah. Ketiga-tiga aliran ini digubal untuk memberi peluang kepada murid menguasai bidang keagamaan dan Bahasa Arab tanpa mengabaikan silibus akademik perdana.

  • Kelas Aliran Agama (KAA): KAA adalah kelas khas yang diwujudkan di dalam premis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian biasa yang terpilih di seluruh negara.
  • Kurikulum Bersepadu Dini & Tahfiz: Aliran Dini & Tahfiz ditawarkan secara khusus di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Selangor (Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab), dan Kelantan (SMA Tengku Amalin A’ishah Putri).

Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login menerusi modul SPAAD.

Kelas Aliran Agama (KAA) melibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih.

Manakala, aliran Dini dan Tahfiz pula elibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi negeri dan institusi berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Sarawak
  • Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab (ILMU), Selangor
  • SMA Tengku Amalin A’ishah Putri, Kelantan

SENARAI SEKOLAH MENENGAH YANG MENAWARKAN KELAS ALIRAN AGAMA DI SELURUH MALAYSIA BAGI KALENDAR AKADEMIK 2027 > RUJUK DI SINI

SENARAI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN YANG MENAWARKAN ALIRAN DINI DAN TAHFIZ MELALUI SPAAD > RUJUK DI SIN

Apa Itu SPAAD?

SPAAD (Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini dan Aliran Tahfiz) ialah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memudahkan proses permohonan kemasukan murid ke:

  • KELAS ALIRAN AGAMA: di Sekolah Menengah Kebangsaan
  • KELAS ALIRAN DINI SERTA TAHFIZ: di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Permohonan dibuka untuk:

  • TINGKATAN 1
  • TINGKATAN 4

SPAAD MEMUDAHKAN ANDA:

  • Permohonan dalam taliancepat, mudah dan selamat
  • Maklumat permohonantepat dan terkini
  • Maklumat status permohonansecara masa nyata
  • Data murid selamat dan dilindungi

SPAAD boleh diakses melalui portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login

    Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027
    Image from: Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

    PERINGATAN: Bagi Ibu bapa / penjaga yang belum pernah mendaftar idMe, perlu mendaftar di “Daftar Baru” sebagai pengguna baharu.

    Tarikh Permohonan Dibuka

    Tarikh permohonan online bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (KAA, Dini & Tahfiz) Kalendar Akademik Sesi 2027 adalah seperti berikut:

    • Tarikh Buka: 28 September 2026
    • Tarikh Tutup: 28 Oktober 2026

    Siapa Boleh Memohon?

    PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1

    • Warganegara Malaysia beragama Islam
    • Murid Tahun 6 tahun semasa
    • Murid sekolah rendah KPM
    • Murid sekolah rendah luar KPM
    • Pencapaian baik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
    • Aktif dalam Kokurikulum

    PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 4

    • Warganegara Malaysia beragama Islam
    • Murid Tingkatan 3 tahun semasa
    • Pencapaian baik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
    • Mengikuti kurikulum Bahasa Arab di peringkat menengah rendah
    • Murid daripada sekolah menengah KPM dan luar KPM
    • Aktif dalam Kokurikulum

    MURID DARIPADA:

    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan – Kelas Aliran Agama (SMK-KAA)
    • Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
    • Sekolah Menengah Agama Swasta
    Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

    Cara Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027

    Bagi ibu bapa / penjaga yang ingin membuat permohonan, sila rujuk cara-caranya di bawah:

    PANDUAN PENGISIAN PERMOHONAN MURID SEKOLAH KPM

    Langkah 1: Log masuk ke Sistem idMe

    1.  Gunakan nombor kad pengenalan dan password seperti yang telah didaftarkan
    2.  Jika terlupa kata laluan sila gunakan kemudahan lupa kata laluan
    3.  Gunakan kemudahan daftar baharu bagi  pengguna  awam yang tidak pernah      
        mempunyai akaun idMe
    4.  Manual pengguna  disediakan pada paparan 
    5.  Jika terlupa e-mel yang telah digunakan untuk mendaftar berhubunglah dengan helpdesk di dalam kemudahan lupa kata laluan melalui butang meja bantuan atau melalui pautan https://aduanmoeis.moe.gov.my , Hotline Aduan Teknikal 03-8884 3736 

    Langkah 2: Kemas kini data peribadi dan anak jagaan

    1.  Masuk ke menu aplikasi  dan klik Modul Pengurusan Awam
    2.  Klik menu Pengurusan Profil dan  pilih  menu Maklumat Anak Jagaan
    3.  Klik  Nama anak jagaan (tahun 6 pada tahun semasa/Tingkatan 3 pada tahun semasa)
    4.  Klik butang Klik Untuk Terperinci (warna biru)
    5.  Kemas kini maklumat dalam profil peribadi anak, penjaga, ibu bapa, alamat, kesihatan, dan buat pengesahan. Kemas kini  maklum pada menu Penjaga Utama. *Penting untuk mengisi e-mel ibu bapa penjaga dan alamat bagi tujuan  menghantar surat panggilan temuduga/ tawaran penempatan/penempatan rayuan

    Langkah 3:  Log masuk masuk ke SPAAD dan Penyelarasan data

    1.  Klik logo SPAAD pada paparan menu aplikasi
    2.  Klik menu peranan dan klik Profil
    3. Klik butang Penyelarasan Data (warna biru)
    4.  Tunggu sehingga notifikasi menyatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
    5.  Kembali ke menu Utama

    PERMOHONAN KE KELAS ALIRAN AGAMA

    Langkah 4: Membuat Permohonan (Kelas Aliran Agama)

    1.  Pada menu UTAMA terdapat dua pilihan butang permohonan . Kelas Aliran 
        Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    2.  Ibu bapa/penjaga boleh memohon kesemua Aliran. (Selesaikan satu persatu)
    3.  Pada menu Kelas Aliran Agama, klik  butang  Permohonan dibuka berdasarkan  tingkatan yang hendak dipilih (Tingkatan 1/Tingkatan 4)
    4.  Pilih Nama murid
    5. Pilih sekolah pilihan 1, pilihan 2 dan pilihan 3 – klik SIMPAN

    Langkah 5: Mengesahkan maklumat anak jagaan dan menghantar permohonan

    1.  Klik butang Penyelarasan Data (warna biru)
    2. Tunggu sehingga notifikasi mengatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
    3. Sahkan data disetiap menu – Profil anak, adik beradik, penjaga, alamat dan kesihatan
    4.  Sahkan permohonan
    5. Perakuan
    6. Hantar permohonan

    PERMOHONAN KE SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

    1.  Permohonan dihadkan kepada 2 pilihan sekolah Aliran Dini dan 1 Aliran  Tahfiz
    2.  Ibu bapa/penjaga boleh memohon kesemua Aliran. Kelas  Aliran Agama di SMK dan Aliran Dini serta Tahfiz di SABK 
    3.   Selesaikan permohonan di setiap aliran sekolah satu persatu

    Langkah 6: Membuat Permohonan (Kelas Aliran DINI/Aliran Tahfiz)

    1.  Pada menu UTAMA  klik butang  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    2.  Buat carian sekolah mengikut negeri yang ingin dipohon
    3. Pilih Butang Permohonan dibuka pada sekolah yang ingin dipohon
    4. Pilih Nama murid

    Langkah 7: Mengesahkan maklumat anak jagaan dan menghantar permohonan

    1.  Klik butang Penyelarasan Data (warna biru)
    2. Tunggu sehingga notifikasi mengatakan Data berjaya diselaraskan dari MOEIS
    3. Sahkan data disetiap menu – Profil anak, adik beradik, penjaga, alamat dan kesihatan dan 
    4.  Kemas kini  dan sahkan keputusan peperiksaan anak
      (bagi sestengah SABK yang mempunyai pentaksiran selain pentaksiran KPM)
    5.  Sahkan permohonan
    6. Perakuan
    7. Hantar permohonan
    8. Teruskan permohonan ke SABK (aliran) yang seterusnya
    SENARAI SEMAK PERMOHONAN (IBU BAPA / PENJAGA MURID KPM)

    📅 TARIKH: 28 SEPTEMBER – 28 OKTOBER 2026

    01) Akses SPAAD melalui idMe

    • Nota: pastikan telah mendaftar dan kemas kini profil ibu bapa/penjaga dan anak jagaan di aplikasi Pengurusan Awam.

    02) Masuk ke profil untuk penyelarasan data MOEIS

    03) Masuk ke laman utama untuk pilih kategori permohonan

    • KAA: Pilih permohonan mengikut tingkatan ➡️ Tingkatan 1 atau Tingkatan 4
    • SABK: Pilih permohonan mengikut tingkatan ➡️ Tingkatan 1

    04) Lengkapkan maklumat permohonan

    • Pilih nama pemohon
    • Pilih sekolah yang ingin dipohon ➡️ Pilihan 1 | Pilihan 2 | Pilihan 3
    • Penyelarasan data MOEIS (Semak dan sahkan data):
      • Profil anak
      • Adik beradik
      • Penjaga
      • Alamat
      • Kesihatan
      • Keputusan Peperiksaan Anak

    05) Hantar permohonan

    • a. Sahkan permohonan
    • b. Perakuan hantar permohonan
    • c. Cetak Borang permohonan
    • d. Muat turun Borang ASBS dari manual pengguna
    • e. Dokumen diserahkan kepada:
      1. Diserahkan semasa sesi temu duga (bagi sekolah yang dipohon ada temu duga)
      2. Diserahkan kepada PPD/JPN (bagi sekolah yang dipohon tiada temu duga)
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027 4

      MENERIMA TAWARAN TEMU DUGA/PENEMPATAN DAN RAYUAN

      06) 📅 4 – 20 NOVEMBER 2026 ➡️ TEMU DUGA

      1. Terima tawaran temu duga (bagi sekolah yang mengadakan temu duga)
      2. Sahkan panggilan temu duga dan mengesahkan kehadiran temu duga
      3. Cetak Surat temu duga
      4. Hadir ke lokasi temu duga

      07) 📅 7 – 18 DISEMBER 2026 ➡️ TAWARAN PENEMPATAN & RAYUAN

      • 👍 JIKA BERJAYA
        1. Terima tawaran penempatan
        2. Sahkan terima penempatan
        3. Cetak surat tawaran
      • 👎 JIKA TIDAK BERJAYA
        1. Klik butang Rayuan
        2. Lengkapkan pilihan sekolah
        3. Hantar permohonan rayuan

      08) 📅 24 – 31 DISEMBER 2026 ➡️ TAWARAN PENEMPATAN RAYUAN

      • 👍 JIKA BERJAYA
        1. Terima tawaran penempatan rayuan
        2. Sahkan terima penempatan
        3. Cetak surat tawaran
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Muat Turun Manual Pengguna SPAAD (PDF)

      Sila rujuk manual pengguna SPAAD di bawah untuk mengetahui cara permohonan kemasukan ke KAA, DINI dan Tahfiz dengan lebih terperinci.

      20260522_KPM_KAA_Manual_Pengguna_IbuBapaPenjaga_v0.1Download

      Persediaan Sebelum Memohon Melalui SPAAD

      Pastikan anda membuat persediaan berikut bagi memastikan tiada ralat teknikal atau keciciran data murid semasa permohonan sebenar dilakukan.

      IBU BAPA / PENJAGA MURID KPM

      Kemas kini:

      1. Maklumat peribadi
      2. Alamat tempat tinggal
      3. Maklumat anak jagaan (Tahun 6 / Tingkatan 3)

      PENGURUSAN AWAM (KEMENTERIAN PENDIDIKAN)

      • Semua kemas kini dibuat dalam Modul Pengurusan Awam.

      🟡IBU BAPA / PENJAGA MURID DARIPADA INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR KPM

      1. Daftar pengguna baharu (jika belum pernah mendaftar)
      2. Kemas kini maklumat peribadi
      3. Kemas kini alamat tempat tinggal
      4. Tambah maklumat anak jagaan (Tahun 6 / Tingkatan 3)

      PENTING: PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH TEPAT DAN TERKINI sebelum membuat permohonan di SPAAD


      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Proses Permohonan Hingga Penempatan Rayuan

      1️⃣ PERMOHONAN (IBU BAPA/PENJAGA)

      • Kemas kini maklumat anak jagaan
      • Hantar Permohonan

      2️⃣ TEMU DUGA / SARINGAN (BAGI SEKOLAH YANG ADA SARINGAN)

      • Tawaran / Terima tawaran temuduga
      • Proses temuduga (PPD dan Sekolah)

      3️⃣ PADANAN DATA PENTAKSIRAN (BAHAGIAN)

      4️⃣ PROSES PEMILIHAN CALON

      5️⃣ PENAWARAN

      • Keputusan penempatan
      • Pengesahan terima penempatan

      6️⃣ RAYUAN (JIKA GAGAL)

      • Proses pemilihan calon rayuan
      • Penempatan Rayuan

      7️⃣ PENAWARAN MURID SWASTA

      • Keputusan penempatan
      • Pengesahan terima penempatan
      • Rayuan (Jika gagal)
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Tarikh-tarikh Penting

      • 14 SEPTEMBER 2026: Hebahan iklan permohonan melalui surat pemakluman, e-mel, media sosial dan web site KPM.
      • 28 SEPTEMBER – 28 OKTOBER 2026 (31 HARI): Permohonan dibuka.
      • 4 – 20 NOVEMBER 2026 (17 HARI): Penerimaan tawaran temuduga dan proses temuduga (bagi sekolah yang membuat pemilihan kelayakan melalui temuduga).
      • 7 – 18 DISEMBER 2026 (12 HARI): Tawaran penempatan, pengesahan penempatan murid dan rayuan (murid KPM).
      • 16 – 23 DISEMBER 2026 (8 HARI): Proses permohonan murid daripada institusi pendidikan luar KPM ke sekolah KPM di PPD/JPN dengan membawa borang permohonan SPAAD dan ASBS.
      • 24 – 31 DISEMBER 2026 (8 HARI): Tawaran penempatan rayuan dan pengesahan penempatan murid rayuan (murid KPM).
      • 24 – 31 DISEMBER 2026 (8 HARI): Tawaran penempatan, pengesahan penempatan dan rayuan murid (murid daripada institusi pendidikan luar KPM).

      Image from: Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Maklumat Lanjut

      Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke KAA, Dini, Tahfiz 2027 boleh dirujuk di portal rasmi permohonan: https://idme.moe.gov.my/login

      Panduan pengisian permohonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://go.gov.my/PanduanSPAAD

      Bagi urusan berkaitan syarat kelayakan, semakan kuota penempatan sekolah, jadual ujian saringan/temu duga, serta penyerahan dokumen fizikal, anda perlu merujuk kepada Sektor Pendidikan Islam (SPI) di JPN negeri atau PPD kawasan masing-masing.

      Soalan Lazim Permohonan kemasukan ke KAA, Dini, Tahfiz 2027

      Bilakah permohonan online SPAAD Sesi 2027 dibuka dan ditutup

      Permohonan dibuka secara rasmi mulai 28 September 2026 dan akan ditutup pada 28 Oktober 2026 (berlangsung selama 31 hari).

      Di manakah permohonan boleh dibuat?

      Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi modul SPAAD di portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) KPM. Tiada borang manual disediakan untuk pendaftaran awal.

      Saya belum pernah mendaftar akaun idMe. Apa yang perlu saya lakukan?

      Anda perlu klik pada butang “Daftar Baru” di laman utama idMe. Isi maklumat anda sebagai penjaga utama, kemas kini profil di Modul Pengurusan Awam, dan tambah maklumat anak jagaan sebelum mengakses aplikasi SPAAD.

      Bilakah keputusan tawaran penempatan akan diumumkan?

      Keputusan rasmi bagi murid KPM akan diumumkan antara 7 hingga 18 Disember 2026. Manakala untuk murid dari institusi luar KPM, keputusan akan diumumkan pada 24 hingga 31 Disember 2026.

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved