Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C

15 Sep 2026 • 11:22 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Persediaan awal untuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi kemasukan 2026/2027 amat penting untuk memastikan murid mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Tentera Diraja (MTD), dan Kolej Vokasional (KV).

Format peperiksaan PKSK terbahagi kepada tiga komponen utama yang menguji minda, ilmu, dan bakat menulis.

  • Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, dan SSQ) – 20% markah
  • Bahagian B: Kecerdasan Intelek (Iq) – 70% markah
  • Bahagian C: Artikulasi Penulisan (Penulisan Esei) – 10% markah

Berikut dikongsikan contoh soalan PKSK beserta cadangan contoh jawapan untuk memudahkan calon membuat persediaan masuk ke sekolah khusus dan MRSM bagi sesi 2027/2028.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, PKSK

Mengenai PKSK

PKSK adalah kaedah bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), 
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) 
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Kemasukan ke Sekolah Khusus adalah melalui satu sistem permohonan kemasukan murid yang dibangunkan secara single entry point secara dalam talian menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Tarikh Penting PKSK 2027/2028

Jadual rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi kemasukan akademik 2027/2028 berlangsung sepenuhnya dari bulan Julai hingga Oktober 2026.

  • 10 Julai – 14 Ogos 2026: Permohonan atas talian dibuka untuk pendaftaran.
  • 11 September – 22 Oktober 2026: Semakan pusat, tarikh, dan masa ujian secara online.
  • 21 September – 1 Oktober 2026: Pelaksanaan ujian PKSK bagi calon Tingkatan 4.
  • 12 Oktober – 22 Oktober 2026: Pelaksanaan ujian PKSK bagi calon Tingkatan 1.
  • Disember 2026 / Januari 2027: Semakan keputusan penempatan.
    Image from: Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C

    Permohonan boleh dilakukan melalui:

    1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):

    2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

    Format PKSK 2027/2028

    Untuk format PKSK dan peratusan skor yang digunakan adalah seperti berikut:

    BAHAGIAN A (KECERDASAN INSANIAH)BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)BAHAGIAN C (ARTIKULASI PENULISAN)
    Dalam Talian (Online)Dalam Talian (Online)Bertulis
    90 minit90 minit45 minit
    T1: minimum 100 pp
    T4: minimum 250 pp
    Objektif bergred

    a. Kecerdasan Emosi (EQ)
    b. Kecerdasan Rohani (SQ)
    c. Kecerdasan Insaniah (SSQ)
    Objektif aneka pilihan (10 domain)

    a. Kecerdasan Intelek (IQ)
    b. Bahasa Melayu
    c. Bahasa Inggeris
    d. Penyelesaian Masalah (Matematik)
    e. Penyelesaian Masalah (Sains)
    f. Penyelesaian Masalah (Teknologi)
    g. Pengetahuan Am
    Subjektif (Respon terbuka)
    Partial credit
    (Soalan objektif. Setiap jawapan mempunyai markah)
    Dikotomus
    (Soalan objektif. Y/N)
    Keakuran Senarai Semak
    30703 (Pilih 1)
    20%70%10%

    PKSK dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

    1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ)

    • Mengukur karakter dan kecerdasan emosi, spiritual, dan sosial calon.
    • Terdiri daripada 30 soalan objektif.
    • Tiada jawapan betul atau salah.
    • Menyumbang 20% kepada skor keseluruhan.

    2. Bahagian B: Kecerdasan Intelek

    • Mengukur tahap IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.
    • Terdiri daripada 70 soalan objektif termasuk soalan matematik, sains, dan 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji penguasaan dan kefahaman.
    • Tempoh menjawab kira-kira 90 minit.
    • Menyumbang 70% kepada skor keseluruhan.

    3. Bahagian C: Artikulasi Penulisan

    • Calon akan memilih satu daripada tiga tajuk karangan untuk ditulis dalam Bahasa Melayu.
    • Minimum 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.
    • Tempoh masa diberikan sekitar 45 minit.
    • Menyumbang 10% kepada skor keseluruhan.

    Pelaksanaan PKSK

    Pelaksanaan PKSK dilakukan dalam dua fasa:

    • Fasa 1: Calon menyiapkan karangan (Bahagian C) terlebih dahulu.
    • Fasa 2: Calon menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan KPM.

    Contoh Soalan PKSK – Bahagian A, B, C

    Berikut merupakan contoh soalan PKSK yang boleh dijadikan rujukan:

    1. BAHAGIAN A

    Bahagian A dalam PKSK adalah mengenai Kecerdasan Insaniah, yang meliputi aspek kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ), dan kecerdasan sosial (SSQ).

    Tujuan bahagian ini adalah untuk menilai karakter dan nilai murni calon pelajar, seperti cara mereka menangani perasaan, berinteraksi dengan orang lain, dan nilai-nilai moral yang diamalkan.

    Soalan dalam Bahagian A biasanya berbentuk objektif dan tiada jawapan betul atau salah kerana ia menilai tahap pemikiran dan sikap calon.

    Contoh soalan Bahagian A selalunya berkaitan dengan bagaimana calon menghadapi situasi seperti tekanan, hubungan dengan rakan, atau tindakan yang sesuai dalam situasi sosial tertentu.

    CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A (Soalan SQ, EQ dan SSQ)

    1.Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa yang akan kamu lakukan?
    Jawapan: Membantu menghidangkan makanan, membaca doa sebelum makan, dan membersihkan meja selepas makan.

      2. Jika kamu dibuli di asrama, apa yang perlu kamu lakukan?
      Jawapan: Melaporkan kejadian kepada warden asrama atau guru, memberitahu ibu bapa, dan mencari sokongan daripada rakan yang dipercayai.

      3. Bagaimana cara kamu mengatasi tekanan di sekolah?
      Jawapan: Membuat jadual belajar yang teratur, berbincang dengan guru atau kaunselor, dan melakukan aktiviti riadah untuk mengurangkan tekanan.

      4. Apa yang perlu kamu lakukan jika melihat seseorang kerap bersin?
      Jawapan: Menasihati dia untuk mendapatkan rawatan dan menjaga kebersihan diri supaya tidak menular kepada orang lain.

      5. Jika rakan kamu bergaduh, apa yang akan kamu buat?
      Jawapan: Berbincang dengan kedua-dua pihak untuk mencari perdamaian dan menggalakkan sikap berbaik semula.

      6. Apakah yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan penjaga asrama untuk kali pertama?
      Jawapan: Memperkenalkan diri dengan sopan, menghulurkan tangan untuk bersalaman.

      7. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa dalam keluarga?
      Jawapan: Mengambil tanggungjawab menjaga keluarga dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

      Rujuk lebih banyak contoh-contoh soalan Bahagian A ujian PKSK di bawah:

      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN A
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      soalan pksk
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      soalan pksk
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      soalan pksk
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      soalan pksk
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A
      Image from: Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C
      Kredit: Komplikasi 150 Contoh Soalan PKSK Bahagian A

      2. BAHAGIAN B

      Bahagian B dalam PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) adalah untuk mengukur kecerdasan intelek (IQ) calon. Ia meliputi:

      • Soalan objektif sebanyak 70 soalan yang merangkumi aspek IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.
      • Soalan termasuk matematik, sains (bersifat kualitatif dan kuantitatif) serta 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman.
      • Tempoh menjawab adalah sekitar 90 minit.
      • Bahagian ini menyumbang 70% daripada total markah keseluruhan PKSK.

      Bahagian B fokus pada pengukuran tahap kognitif, pengetahuan umum, serta kemahiran menyelesaikan masalah calon bagi kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV dan MTD.

      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)

      Soalan meliputi pelbagai subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknologi dan Pengetahuan Am. Contohnya:

      1. Matematik: Jika harga sebuah buku adalah RM12.50, berapakah kos untuk membeli 8 buah buku?
      2. Sains: Apakah unit asas tenaga dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI)?
      3. Bahasa Melayu: Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.
      4. Sejarah: Apakah tema Hari Kebangsaan 2024?
      5. Geografi: Apakah nama ibu negara Malaysia?
      6. Teknologi: Siapakah pengasas Facebook?
      7. Pengetahuan Am: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-8?

      Rujuk lebih banyak contoh-contoh soalan Bahagian B ujian PKSK di bawah:

      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini
      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)
      Kredit: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini

      3. Bahagian C

      Bahagian C dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah bahagian Artikulasi Penulisan.

      Ia menguji kemampuan calon untuk menyatakan idea dan pendapat secara bertulis dalam bentuk karangan.

      Calon akan diberi tiga tajuk karangan dan perlu memilih satu untuk ditulis dalam Bahasa Melayu.

      Beberapa ciri utama Bahagian C PKSK adalah:

      • Karangan mesti mempunyai minimum 100 patah perkataan untuk calon Tingkatan 1 dan minimum 250 patah perkataan untuk calon Tingkatan 4.
      • Tempoh masa yang diberikan untuk menulis karangan adalah sekitar 45 minit.
      • Bahagian ini menggunakan kaedah bertulis dan subjektif.
      • Skor markah untuk Bahagian C adalah 10% daripada jumlah markah keseluruhan PKSK.

      Bahagian C dijalankan secara bertulis di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai fasa pertama dalam pelaksanaan PKSK sebelum calon menduduki Bahagian A dan B secara dalam talian

      CONTOH SOALAN PKSK BAHAGIAN C (ARTIKULASI PENULISAN)

      • Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19?
      • Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
      • Bagaimanakah cara untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung?
      • Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
      • Bagaimana cara anda belajar di rumah secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
      • Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
      • Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial?
      • Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial?
      • Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial?
      • Pengurusan diri di asrama
      • Jelaskan punca dan cara atasi isu buli, dan ponteng sekolah
      • Cara memanfaatkan kenderaam awam
      • Pernanan ibu bapa dalam menangani gejala sosial anak
      • Terangkan kepentingan teknologi kepada alam sekitar
      • Ceritakan tentang idola saya
      • Apa yang ingin kamu lakukan apabila berumur 23 tahun

      Berikut dikongsikan contoh karangan PKSK yang boleh anda jadikan panduan dalam penulisan nanti. Anda boleh muat turun PDF di bawah:

      Contoh Karangan PKSKMuat Turun

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut tentang PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

      ATAU

      Hubungi KPM di talian berikut:

      • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
      • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
      • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
      • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

      Soalan Lazim Contoh Soalan PKSK

      1. Apa itu PKSK?

      PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) adalah ujian berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV, dan MTD.

      2. Bagaimana format ujian PKSK?

      – Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 30 soalan objektif (20%)
      – Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70 soalan objektif (70%)
      – Bahagian C: Artikulasi Penulisan – Menulis karangan dalam Bahasa Melayu (10%)

      3. Bilakah tarikh penting PKSK sesi 2026/2027?

      10 Julai – 14 Ogos 2026: Permohonan atas talian dibuka untuk pendaftaran.
      11 September – 22 Oktober 2026: Semakan pusat, tarikh, dan masa ujian secara online.
      21 September – 1 Oktober 2026: Pelaksanaan ujian PKSK bagi calon Tingkatan 4.
      12 Oktober – 22 Oktober 2026: Pelaksanaan ujian PKSK bagi calon Tingkatan 1.
      – Disember 2026 / Januari 2027: Semakan keputusan penempatan.

      4. Berapa patah perkataan perlu dalam karangan Bahagian C?

      Calon Tingkatan 1 perlu menulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
      Calon Tingkatan 4 perlu menulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.

      5. Apa jenis tajuk karangan yang biasa keluar?

      Tajuk biasanya berkisar tentang isu semasa dan pengalaman harian. Rujuk contoh di atas.

      6. Bagaimana cara pelaksanaan PKSK?

      Bahagian C (karangan) disiapkan terlebih dahulu secara bertulis, kemudian Bahagian A & B dijawab dalam talian di pusat pentaksiran yang ditetapkan.

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved