Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP – KISAS & SMAP LABU

LocalFamily & Parenting
11 Apr 2026 • 5:03 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian di Tingkatan 6 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh dipohon menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 bagi kedua-dua sekolah ini.

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2026

Permohonan Kemasukan adalah bagi 2 Sekolah Berasrama Penuh berikut:

TARIKH-TARIKH PENTING:

  • Permohonan : 6-26 April 2026
  • Semakan keputusan : 15 Mei 2026
  • Pendaftaran : 8 Jun 2026
image is not available

Semakan tawaran boleh dibuat mulai 15 Mei 2026 melalui pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my

Pengenalan / Latarbelakang KISAS & SMAP Labu

LATAR BELAKANG KOLEJ SULTAN ALAM SHAH (KISAS)

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M menggunakan nama Kolej Islam Malaya (KIM). Kolej Islam ditubuhkan hasil desakan masyarakat Melayu yang mahukan sebuah pusat pengajian agama moden didirikan untuk menjadi pusat pendidikan secara formal bagi anak-anak Melayu bagi mengimbangi bilangan sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu.

Professor Zulkifli Muhammad merupakan antara orang yang bertanggungjawab berkempen ke seluruh negara menggagaskan idea penubuhan Kolej Islam Malaya dengan harapan untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian Islam moden yang mampu membersihkan umat Islam daripada gejala jahiliah. Kutipan dana di bawah nama Dana Waqaf KIM telah dilancarkan di seluruh Tanah Melayu. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang.

Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College). KISAS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1).

KISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun. Sehingga kini, KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat.

Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu.

Sistem pembelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Para pelajar yang masuk ketika tingkatan empat diwajibkan untuk menduduki. Selain daripada tiga peperiksaan konvensional, para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil satu peperiksaan dalaman khas iaitu Sijil Khas Kolej (SKK), namun peperiksaan ini wajib untuk pelajar aliran Agama Ikhtisas.

LATAR BELAKANG SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU

SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (Malaysia) pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).

SMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500 orang pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6 rendah) menumpang di bangunan Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor. Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie.

Selepas lebih kurang dua tahun menumpang di KIK, pada awal Januari 1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada tahun yang sama.

Pengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April 1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan Labu yang sepatutnya digunakan sebagai bangunan Sekolah Agama Sheikh Hj Mohd Said. Selepas beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanYang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Nama SMAWP kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Penubuhan SMAP Kajang kemudian membuat SMAP secara semulajadi dikenali sebagai SMAP Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, tidak seperti SMAP Kajang dan SMAP Bentong, SMAP Labu tidak mempunyai perkataan Labu di dalam lencana sekolah.

Detik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun 2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Kini, SMAPL telah mendapat satu lagi bangunan empat tingkat yang dikenali sebagai blok G. Beberapa kemudahan sekolah ditempatkan di sini seperti dewan terbuka, Dewan Seri Lestari, makmal Bahasa Asing yang baru, Bilik Seni Visual , beberapa buah kelas baru dan juga bilik rawatan pergigian. Di samping itu, SMAP Labu terus menjulang namanya dengan memperoleh gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 6 hingga 26 April 2026 dan semakan keputusan boleh dibuat pada 16 Mei 2026.

Sekolah Yang Ditawarkan

Untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bagi SBP, terdapat 2 sekolah ditawarkan iaitu:

  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)

Syarat Am

Syarat am untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 01 Januari 2025.
  2. Lulus peperiksaan Siil Pelajaran Malaysic (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Syarat Khusus

Selain syarat am, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah AI-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan AI-Quran dan AI-Sunnah/Usul Al-Din/AI Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al- Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.
  3. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my bermula 6 hingga 26 April 2026.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Permohonan Rayuan

Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan bertulis di e-melkan kepada:

  • Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah : pengetua.kisas@moe.gov.my
  • Pengetua SM Agama Persekutuan Labu : pengetua.smapi@moe.gov.my

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)?

SBP ialah sekolah elit di bawah KPM yang menawarkan persekitaran pembelajaran terbaik dengan kemudahan lengkap asrama, akademik, dan kokurikulum.

Apakah sekolah yang ditawarkan bagi permohonan kemasukan ke SBP ini?

– Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
– Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)

Bilakah tarikh permohonan kemasukan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 6 hingga 26 April 2026.

Bilakah semakan keputusan permohonan boleh dibuat?

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada 16 Mei 2026.

Apakah syarat am yang ditetapkan bagi kemasukan ke sekolah ini?

– Warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 01 Januari 2025.
– Lulus peperiksaan Siil Pelajaran Malaysic (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my

Jika saya gagal dalam permohonan tersebut, adakah saya boleh membuat rayuan?

Boleh. Sila kemukakan rayuan bertulis yang di e-melkan kepada:
– Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah : pengetua.kisas@moe.gov.my
– Pengetua SM Agama Persekutuan Labu : pengetua.smapi@moe.gov.my

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 ke SBP, sila layari laman web https://sst6.moe.gov.my.

Baca juga: Ranking SBP Terbaik 2026 Berdasarkan Keputusan SPM 2025