
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini tidak membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal daripada mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi menolak permohonan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, iaitu pendakwaan dan pembelaan.
Beliau juga menolak permohonan itu atas alasan Muhyiddin masih menghadapi pertuduhan jenayah.
Namun, peguam Muhyiddin, Datuk K Kumaraendran memohon pelepasan sementara pasport pemimpin itu berikutan beliau akan mengadakan lawatan ke Dubai dan London. - 29 November 2023
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Permohonan Muhyiddin dapatkan pasport secara kekal ditolak appeared first on Scoop.


