Permohonan PBM sertai BN diputuskan esok

Politics
14 Aug 2022 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di WTC Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Status permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menganggotai Barisan Nasional (BN) akan diputuskan esok (Isnin). Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi UMNO pada malam esok. "Dalam BN semua keputusan dibuat secara konsensus dan tidak ada keputusan yang dibuat hanya satu parti sahaja. "Kita ada empat parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan keempat-empatnya mesti bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Ahad. Media sebelum ini melaporkan bahawa PBM telah menghantar permohonan untuk menyertai BN bulan lalu bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, selain PBM, terdapat dua parti lagi yang membuat permohonan untuk menyertai BN. "Jadi kita tunggu lah mesyuarat. Kalau ya (semua parti komponen BN setuju), ya. Kalau tidak (setuju), tidaklah," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved