Permohonan Penganjur Good Vibes Membawa Masuk The 1975 Pernah Ditolak Jun Lalu – Fahmi Fadzil

Entertainment
22 Jul 2023 • 9:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang terkejut dengan aksi jelik oleh sebuah band dari UK, The 1975 pada Festival Good Vibes semalam. Disebabkan tindakan tidak bermoral band tersebut, festival itu telah dibatalkan walaupun berbaki lagi 2 hari.

Tetapi, ramai yang tidak tahu, sebenarnya permintaan pihak penganjur Festival Good Vibes untuk membawa masuk The 1975 sebenarnya telah ditolak oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) pada Jun lalu.

Namun, menurut sebuah posting di laman Twitter, penganjur telah bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya kugiran tersebut ‘buat perangai’ atau tidak mematuhi undang-undang ketika membuat persembahan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, beliau terpaksa menghentikan festival tersebut untuk mengelakkan perkara sama daripada berlaku lagi pada masa hadapan.

image is not available

“Bagi saya, kebanyakan daripada garis panduan PUSPAL jelas, dalam insiden seperti ini berlaku keadaan keterlanjuran, sangat biadab dan akhirnya kita dah ambil tindakan seperti diumumkan hari ini untuk pastikan ia tidak berulang.

“Saya dah mengarahkan PUSPAL memberi kepada saya minggu depan, senarai penambahbaikan atau pembetulan, klarifikasi perlu dibuat sebarang tatacara permohonan dan proses memastikan tidak berulang masalah seperti ini.

“JK-PUSPAL dipengerusikan Ketua Setiausaha KKD, insya-Allah beliau akan menyediakan draf terbaharu untuk kita pertimbangkan untuk elak kejadian seperti ini berulang,” katanya lagi.

Harap-harap, penganjur akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Penonton pun dah berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk membeli tiket Good Vibes.

Sumber: Astro Awani

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.