Permohonan Penyelenggaraan Sekolah Tahun 2027 (Saluran Khas PIBG)

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 12:07 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi penyelenggaraan sekolah tahun 2027 menerusi saluran khas PIBG yang boleh dipohon sehingga 30 November 2026 menerusi pautan https://go.gov.my/f/r23zsajrg8nxba4zv2089xls.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai permohonan ini.

Image from: Permohonan Penyelenggaraan Sekolah Tahun 2027 (Saluran Khas PIBG)

Mengenai Penyelenggaraan Sekolah Tahun 2027

Pada 30 Ogos 2026, Perdana Menteri YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan enam ikhtiar segera Kerajaan MADANI sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Antara pengumuman yang dibuat kepada Kementerian Pendidikan (KPM), ialah peningkatan peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak 50 peratus, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion bagi tahun 2027, melibatkan pelbagai aliran sekolah.

YAB Perdana Menteri turut menekankan supaya KPM menggerakkan usaha turun padang ke setiap daerah bagi meneliti permohonan pembaikan prasarana sekolah.

Dalam Belanjawan 2027 dengan tema, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang diumumkan pada 9 Oktober 2026, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM1 bilion, bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini.

Oleh kerana itu, KPM telah menyediakan saluran khas kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengemukakan secara terus permohonan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi tahun 2027.

Isu Sekolah Daif Di Malaysia

Isu berkenaan sekolah daif merupakan antara isu yang sering dibincangkan dan dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Menerusi KPM, setakat suku pertama 2026 menyaksikan sebanyak 1,061 sekolah di seluruh Malaysia dikenal pasti mempunyai bangunan yang dikategorikan sebagai daif dan tidak selamat di bawah Skala Tujuh.

Sebagai rekod, sebanyak 1,250 projek pembangunan semula sekolah daif telah diluluskan di seluruh negara dengan kos keseluruhan RM13.8 bilion sejak 2016.

Bagi memastikan isu sekolah daif ini dapat diatasi, sehingga bulan Jun 2026, 813 projek telah siap sepenuhnya, 173 projek dalam pembinaan, manakala 264 projek lagi berada pada peringkat prabina.

Tempoh pembinaan tersebut adalah di antara 6 hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka selama sebulan, mulai 1 hingga 30 November 2026.

Image from: Permohonan Penyelenggaraan Sekolah Tahun 2027 (Saluran Khas PIBG)

Pihak Pemohon

Permohonan hanya boleh dibuat oleh pihak PIBG sekolah sahaja menerusi pautan permohonan tersebut.

Oleh itu, pihak PIBG perlu mengenal pasti keperluan sekolah masing-masing sebelum mengemukakan permohonan.

Penyelenggaraan Yang Boleh Dipohon

Permohonan yang dibuat hendaklah melibatkan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah sahaja.

Permohonan peruntukan ini adalah khusus bagi kerja-kerja penyelenggaraan aset tak alih dan tidak melibatkan perkara berikut:

  • Kerja-kerja pembinaan baharu; dan
  • Perolehan, pembaikan atau penyelenggaraan aset alih.

Cara Memohon

Pihak PIBG boleh membuat permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://go.gov.my/f/r23zsajrg8nxba4zv2089xls sebelum 30 November 2027.

Kelulusan Permohonan

Permohonan yang bukan bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik.

Setiap cadangan hendaklah berasaskan keperluan sebenar dengan memberikan keutamaan kepada kerosakan kritikal serta perkara yang melibatkan risiko terhadap keselamatan murid dan warga sekolah.

Oleh itu, permohonan yang diisi dan disusun mengikut keutamaan berdasarkan tahap keperluan serta kepentingan kerja penyelenggaraan.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan bagi penyelenggaraan sekolah untuk tahun 2027 ini dibuka?

Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 November 2026

Siapakah yang boleh memohon permohonan penyelenggaraan sekolah ini?

Pihak PIBG sekolah sahaja.

Apakah permohonan yang boleh dipohon menerusi permohonan penyelenggaraan ini?

Permohonan yang boleh dipohon melibatkan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah sahaja.

Apakah permohonan yang tidak akan dipertimbangkan?

a) Kerja-kerja pembinaan baharu; dan
b) Perolehan, pembaikan atau penyelenggaraan aset alih.

Bagaimanakah pihak saya boleh membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://go.gov.my/f/r23zsajrg8nxba4zv2089xls

Adakah setiap permohonan akan diterima dan diluluskan?

Tidak. Setiap permohonan yang bukan bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik ia hendaklah berasaskan keperluan sebenar dengan memberikan keutamaan kepada kerosakan kritikal serta perkara yang melibatkan risiko terhadap keselamatan murid dan warga sekolah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penyelenggaraan sekolah tahun 2027, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Baca juga: Portal Sekolahku – Cara Mudah Ibu Bapa Cari Sekolah Terdekat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved