Permohonan Phillip semak perintah bela diri ditolak

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan seorang ahli politik untuk menyemak perintah supaya dia membela diri atas empat pertuduhan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Negeri 2021.

Hakim Datuk Ismail Brahim menolak permohonan Phillip Among selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Philip telah memohon untuk menyemak semula keputusan mahkamah Majistret untuk memerintahkan beliau membela diri atas pertuduhan tersebut.

Pada Disember 2023, Mahkamah Majistret telah memerintahkan Philip membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa mencabul peserta Unduk Ngadau pada 19 Mei 2021 masing-masing pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam.

Semua kejadian yang didakwa berlaku di tangga bersebelahan Ever Best Photo di Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, dalam kenderaan yang sedang bergerak semasa dalam perjalanan, masing-masing dari tempat makan malam ke pejabat lama di bandar dan di sebuah pejabat di Bandar Metro, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Phillip, pada 10 Jun 2021, menuntut perbicaraan terhadap pertuduhan itu dan perbicaraannya telah bermula pada 12 April 2022.

Pihak pendakwaan telah memanggil lapan saksi semasa perbicaraan.

Phillip, yang merupakan ketua teknikal untuk pertandingan Unduk Ngadau 2021, turut diperintahkan membela diri atas pertuduhan mencabul seorang wanita.

Beliau merupakan Penyelaras Parlimen Bahagian Putatan Sabah Star, tetapi telah digantung daripada jawatannya selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya kerana melakukan serangan seksual.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes manakala Philip diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.