Permohonan Sekolah Model Khas KPM 2027 (Tahun 4, 5, & 6)

LocalFamily & Parenting
28 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi murid yang berminat untuk memasuki Program Sekolah Model Khas KPM untuk Tahun 4, 5 dan 6 bagi tahun 2027 yang boleh dipohon menerusi https://sites.google.com/moe.gov.my/sekolah-model-khas-2027/home.

Permohonan ini dibuka mulai 1 Oktober 2026 dan keutamaan diberikan kepada keluarga B40 dan layak ke Tingkatan 1 secara automatik selepas tamat Tahun 6.

Image from: Permohonan Sekolah Model Khas KPM 2027 (Tahun 4, 5, & 6)

Apakah Sekolah Model Khas?

Sekolah Model Khas merupakan sekolah yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung di peringkat Tahap II (tahun 4-6) dan dari tingkatan 1 hingga 5 di bawah pentadbiran pengetua sekolah menengah.

Ini bagi dapat meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan kepada murid miskin yang berpotensi khususnya di luar bandar.

Antara tujuan utama sekolah ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada murid pedalaman, luar bandar dan bandar daripada golongan B40 untuk mendapat bimbingan daripada guru yang kompeten dalam iklim dan budaya sekolah cemerlang supaya membolehkan murid tersebut mengoptimumkan potensi diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, sekolah ini bukan sekolah berasrama penuh tetapi pengambilan pelajarnya diawasi dan dihadkan kepada pelajar yang berpotensi serta cemerlang.

Selain itu, sekolah ini juga menyediakan guru-guru yang lebih berwibawa manakala pengetuanya pula mempunyai rekod yang cemerlang.

Tarikh Permohonan

Untuk kemasukan tahun 2027, tarikh permohonan dibuka mulai 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2026.

Sekolah Model Khas Seluruh Malaysia

Sebanyak 10 buah sekolah di seluruh negara iaitu:

  • SMK Sri Pekan, Pahang
  • SMK Sri Bentong, Pahang
  • SMK Seri Tualang, Bentong, Pahang
  • SMK Clifford, Pahang
  • SMK Chalok, Setiu, Terengganu
  • SMK Baling, Kedah
  • SMK Bukit Jenun Pendang, Kedah
  • SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang
  • SMK Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
  • SMK Redang Panjang, Perak

Keistimewaan Yang Ditawarkan

Keistimewaan yang bakal dinikmati murid di sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Keutamaan diberikan kepada keluarga B40
  • Mereka layak ke Tingkatan 1 secara automatik selepas tamat tahun 6 di sekolah yang sama

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke sekolah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid tersebut bersekolah di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Murid tersebut mestilah Tahun 3 2026/Tahun 4 2026/Tahun 5 2026

Kaedah Permohonan

Cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Klik ke pautan permohonan https://sites.google.com/moe.gov.my/sekolah-model-khas-2027/home.
  2. Klik bahagian borang permohonan.
  3. Isi maklumat murid yang berkenaan.
  4. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting bagi mereka yang memohon adalah seperti berikut:

  • Ujian Saringan: 10 sehingga 20 November 2026
  • Temuduga: 28 November 2026
  • Keputusan/Tawaran: 17 Disember 2026

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Model Khas?

Sekolah Model Khas merupakan sekolah yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung di peringkat Tahap II (tahun 4-6) dan dari tingkatan 1 hingga 5 di bawah pentadbiran pengetua sekolah menengah.

Apakah keistimewaan murid yang memasuki sekolah ini?

– Keutamaan diberikan kepada keluarga B40
– Mereka layak ke Tingkatan 1 secara automatik selepas tamat tahun 6 di sekolah yang sama

Berapakah jumlah sekolah ini di seluruh Malaysia?

Jumlah sekolah ini seluruh Malaysia adalah sebanyak 10 buah sekolah:
– SMK Sri Pekan, Pahang
– SMK Sri Bentong, Pahang
– SMK Seri Tualang, Bentong, Pahang
– SMK Clifford, Pahang
– SMK Chalok, Setiu, Terengganu
– SMK Baling, Kedah
– SMK Bukit Jenun Pendang, Kedah
– SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang
– SMK Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
– SMK Redang Panjang, Perak

Apakah syarat kemasukan yang ditetapkan?

– Warganegara Malaysia.
– Murid tersebut bersekolah di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
– Murid tersebut mestilah Tahun 3 2026/Tahun 4 2026/Tahun 5 2026

Bilakah permohonan dibuka untuk kemasukan tahun 2027?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2026.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sites.google.com/moe.gov.my/sekolah-model-khas-2027/home.

Info Lanjut

Info lanjut berhubung Sekolah Model Khas ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu 2027

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved