Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1448H / 2027M bermula pada 2 Oktober 2026.
Berikut adalah maklumat dan info lanjur mengenai rayuan ini.

Mengenai Rayuan Haji
Rayuan haji merupakan permohonan rasmi melalui Lembaga Tabung Haji bagi bakal haji yang belum tiba giliran tetapi ingin menunaikan ibadah haji pada musim semasa.
Objektif utama rayuan haji adalah untuk memberi peluang kepada bakal haji yang bukan dalam giliran tahun semasa agar mereka berpeluang menunaikan haji pada tahun tersebut.
Ianya disediakan sebagai saluran bagi bakal haji untuk mengemukakan rayuan atas sebab-sebab tertentu untuk menunaikan haji lebih awal daripada tahun yang diperuntukan semasa mendaftar haji.
Syarat Rayuan Haji
Syarat rayuan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Cukupkan wang simpanan di TH sekurang-kurangnya RM15,000.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
- Bayaran pada kos haji penuh RM33,000 sekiranya rayuan berjaya.

Kriteria & Skor Merit
Kriteria dan skor merit bagi rayuan ini adalah seperti berikut:
- Tempoh pendaftaran haji
- Umur
- Purata baki simpanan di dalam akaun TH
- Simpanan berulang yang konsisten
- Kekerapan permohonan rayuan
- Kekerapan kehadiran Kursus Asas Haji yang dikendalikan oleh TH.
Kumpulan Rayuan Haji & Bayaran
Kumpulan rayuan dan bayaran ditetapkan adalah seperti berikut:
| Kumpulan | Bayaran |
| Rayuan bagi pemohon bukan dalam tahun giliran semasa (Syarat keutamaan : Istito’ah) | Perlu membayar pada harga penuh Kos Haji RM33,300 |
| Rayuan sebagai mahram/pengiring 1- Mahram (isteri/suami jemaah haji terpilih) 2- Pengiring jemaah haji lanjut usia atau orang kurang upaya | Bayaran mengikut jemaah yang diiringi |

Cara Daftar Pengguna THiJARI
Pendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.
- Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
- Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
- Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.

Cara Permohonan Rayuan Haji Online di THiJARI
Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my.
Rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.
Sila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:
- Login ke THiJARI.
- Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
- Pilih Menu Rayuan_Haji.
- Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
- Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
- Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
- Klik pada ruangan Berikutnya.
- Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
- Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
- Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
- Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
- Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
- Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.
LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN-HAJI MELALUI THIJARI
LOGIN KE THIJARI

PILIH ‘PERKHIDMATAN HAJI’

KLIK ‘RAYUAN HAJI’


NYATAKAN SEBAB-SEBAB PERMOHONAN ANDA

LENGKAPKAN BUTIRAN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN.
Kategori & Contoh Alasan Rayuan
Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri untuk mengikut suami Terpilih
- Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal haji Mualaf
- Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal haji Daftar lama
- Lain-lain Rayuan

Baca juga: Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh
Soalan Lazim
1. Apa itu Rayuan Haji 2027?Rayuan Haji 2027 ialah peluang kedua yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah yang tidak tersenarai dalam tawaran haji utama untuk tahun 1448H / 2027M. Proses ini membolehkan mereka memohon semula tempat melalui sistem THiJARI secara dalam talian.
2. Bila tarikh rayuan haji 2027 dibuka?Permohonan Rayuan Haji 2027 dibuka bermula 2 Oktober 2026. Pemohon disarankan untuk membuat permohonan seawal mungkin kerana kuota adalah terhad dan tertakluk kepada pertimbangan pihak TH.
3. Bagaimana cara membuat permohonan rayuan haji secara online?Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi THiJARI dengan langkah berikut:
1. Log masuk akaun THiJARI anda.
2. Pilih menu “Rayuan Haji”.
3. Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun TH dan tahun pendaftaran.
4. Hantar permohonan dan pastikan anda menerima pengesahan permohonan berjaya dihantar.
Rayuan dibuka kepada:
– Cukupkan wang simpanan di TH sekurang-kurangnya RM15,000.
– Lulus pemeriksaan kesihatan.
– Bayaran pada kos haji penuh RM33,000 sekiranya rayuan berjaya.
TH akan menilai berdasarkan beberapa faktor utama berikut:
– Tempoh pendaftaran haji
– Umur
– Purata baki simpanan di dalam akaun TH
– Simpanan berulang yang konsisten
– Kekerapan permohonan rayuan
– Kekerapan kehadiran Kursus Asas Haji yang dikendalikan oleh TH.
Ya. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui:
– Portal THiJARI, atau
– Sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang berdaftar dengan TH.
Boleh. Sekiranya salah seorang pasangan mendapat tawaran, pasangan boleh membuat rayuan untuk menunaikan haji bersama. TH akan mempertimbangkan permohonan bergantung kepada kuota dan syarat kelayakan.
8. Adakah rayuan dijamin akan berjaya?Tidak. Setiap rayuan tertakluk kepada kelulusan dan kuota tahunan haji Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Walaupun semua syarat dipenuhi, kelulusan masih bergantung kepada penilaian TH.
9. Adakah perlu hadir ke pejabat Tabung Haji untuk membuat rayuan?Tidak perlu. Mulai tahun 2025, semua rayuan haji dilakukan secara dalam talian sahaja melalui portal THiJARI. Namun, bantuan dan panduan boleh diperoleh di mana-mana cawangan TH sekiranya pengguna menghadapi masalah log masuk.
10. Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui:
– Laman web rasmi: www.thijari.com.my
– Hotline TH: 03-6207 1919
– Media sosial rasmi Tabung Haji
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Baca juga: Syarat Kesihatan Haji 2027 – Bakal Jemaah Haji Wajib Lepasi Pemeriksaan Kesihatan






