Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2026

LocalPersonal Finance
4 Mar 2026 • 11:53 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka tawaran kepada para huffaz di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi menjaga kesucian Al-Quran menerusi Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di pautan www.maiwp.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan ini.

Image from: Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2026

Mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP

Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP ialah skim bantuan yang disediakan khusus kepada para huffaz di Wilayah Persekutuan.

Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para penghafaz Al-Quran yang giat memartabatkan serta menjaga kesucian kitab suci Al-Quran.

Menerusi skim bantuan ini, pemohon yang layak dan lulus akan diberikan insentif mengikut kategori hafazan.

Tarikh Permohonan

Calon yang berminat perlulah mengemukakan permohonan sebelum 23 Mac 2026 (Isnin).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Jumlah Insentif

Jumlah insentif adalah seperti berikut:

  • 1-5 Juzuk : RM750.00
  • 1-10 Juzuk : RM1,500.00
  • 1-20 Juzuk : RM 3,000.00
  • 1-30 Juzuk : RM4,500.00

Syarat Permohonan

Para penghafaz perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Beragama Islam & Warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun). Permohonan Kategori Terbuka yang ditawarkan seperti berikut:
    (i) Juzuk 1-5, Juzuk 1-10, Juzuk 1-20, Juzuk 1-30.
    (ii) Bagi permohonan kali pertama, pemohon boleh memilih kategori juzuk yang ditawarkan.
    (iii) Bagi permohonan ulangan, kategori juzuk yang sama seperti permohonan terdahulu tidak akan dipertimbangkan, kecuali kategori Juzuk 1-30 (tahap tertinggi).
  3. Permohonan Kategori Juzuk Amma terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah selain aliran agama.
  4. Permohonan hendaklah dibuat secara individu.
  5. Pemohon yang menepati syarat kelayakan akan dipanggil dan dinilai oleh Panel Tasmi’ MAIWP.
  6. Kelayakan adalah tertakluk kepada keputusan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MAIWP.

Cara Memohon

Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web
https://www.maiwp.gov.my.

Selain itu, pemohon juga boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut:

  • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  • MAIWP Cawangan WP Labuan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran ini?

Skim bantuan ini skim bantuan yang disediakan khusus kepada para huffaz di Wilayah Persekutuan bagi menggalakkan para penghafaz Al-Quran yang giat memartabatkan serta menjaga kesucian kitab suci Al-Quran.

Bilakah tarikh tutup bagi permohonan skim bantuan ini?

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Mac 2026 (Isnin).

Berapakah jumlah insentif yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini?

Jumlah insentif yang ditawarkan adalah seperti berikut:
– 1-5 Juzuk : RM750.00
– 1-10 Juzuk : RM1,500.00
– 1-20 Juzuk : RM 3,000.00
– 1-30 Juzuk : RM4,500.00

Bagaimanakah cara untuk memohon skim bantuan ini?

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.maiwp.gov.my atau mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti Kaunter Agihan Zakat Kuala Lumpur, semua Pusat Agihan Zakat (PAZA), MAIWP Cawangan WP Putrajaya dan MAIWP Cawangan WP Labuan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi :

  • Kuala Lumpur: 03-2639 9000 / 019-663 2702
  • Putrajaya: 03-8871 5000 / 011-6303 8443
  • Labuan: 08-7418 515 / 019-385 2878

Baca juga: Bantuan Saguhati Hafazan 2026 Pahang: Syarat & Cara Mohon

View Original Article