Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tahun 2027 boleh mula memohon kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi kemasukan 2027 melalui pautan https://etabika.jpnin.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke tabika ini.

Mengenai Tabika Perpaduan
Tabika Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Tabika ini khusus bagi umur 4 hingga 6 tahun yang mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Pada waktu itu, Lembaga Perpaduan Negara telah dipertanggungawabkan ke atas semua perkara berhubung dengan soal-soal perhubungan kaum dan perpaduan negara.
Matlamat utama penubuhannya pada ketika itu adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum.
Objektif Tabika Perpaduan
Objektif tabika ini diwujudkan adalah untuk:
- Membentuk murid yang mempunyai semangat patriotisme dan semangat perpaduan.
- Murid dapat menunjukkan semangat cintakan negara.
- Murid dapat meraikan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di negara kita.
- Membentuk kemenjadian murid dan memperkembangkan konsep kendiri.
- Murid berpotensi untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta responsif dalam sesi pembelajaran.
- Murid menampilkan peribadi dan perwatakan yang positif.
Kurikulum Yang Digunakan
Tabika ini mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini mengandungi 6 tunjang sebagai asas utama pembelajararan iaitu :
- Tunjang komunikasi
- Tunjang kemanusiaan
- Tunjang perkembangan fizikal dan estetika
- Tunjang keterampilan diri
- Tunjang kerohanian sikap dan nilai
- Tunjang sains dan teknologi
Matlamat KSPK ini adalah untuk memperkembangkan potensi murid seawal usia 4 hingga 6 tahun secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Senarai Tabika Perpaduan
Senarai tabika ini di seluruh Malaysia adalah seperti di bawah mengikut negeri :
- Johor
- Melaka
- Pahang
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perak
- Terengganu
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan ke tabika ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKid.
- Berumur daripada 4 hingga 6 tahun (keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun).
- Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10km dari lokasi Tabika Perpaduan.
- Murid-murid bukan berkeperluan khas.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi Tabika Perpaduan berhampiran atau mengisi borang secara atas talian di pautan https://etabika.jpnin.gov.my/.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Tabika Perpaduan?Tabika Perpaduan merupakan program pendidikan awal kanak-kanak dari 4 hingga 6 tahun yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Tabika ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh KPM.
Bilakah tarikh permohonan dibuka untuk tahun 2027?Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Apakah syarat permohonan kemasukan ke tabika ini?– Warganegara Malaysia.
– Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKid.
– Berumur daripada 4 hingga 6 tahun (keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun).
– Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10km dari lokasi Tabika Perpaduan.
– Murid-murid bukan berkeperluan khas.
Permohonan boleh dibuat di pautan https://etabika.jpnin.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman web https://etabika.jpnin.gov.my/.
Baca juga: Tabika Tunas Istimewa – Senarai Tabika Autisme KEMAS Setiap Negeri





